Thursday, December 22, 2011

Ubat mujarab untuk Demam

Cuti scool dh nak abis.. Best jugak cuti kali ni... Dapat la pusing2 semenanjung (melacca + hometown segamat + Cameron Highland)... Tapi my wife and kid demam la pulak... 

bila family sakit kasik la ubat kan..org kata ubat paling mujarab untuk orang sakit ialah doa dan kasih sayang............... betul tak..
Kepada my wife tersayang.... semoga cepat sembuh dari demam..
Jangan takut makan ubat tau.....hmm
 



.

Tuesday, November 8, 2011

Story masa Tadika

Batch 1989 Tadika Kanak-Kanak LKTP Pemanis 1


Bila tengok gambar kat atas baru aku  tau rupa-rupanya aku ada begambar kelas masa tadika dulu-dulu… (tu..tu..no3 yg berdiri sebelah cikgu tu) nie pun nasib baik CT Nur upload kan kat facebook dia...

Sebenarnye kalau tak tengok gambar nie, conform kita dah tak ingat dah sape yang sekelas ngan kita masa kinder garden nie dolu2..

Kat kinder garden Pemanis 1 nie masatu adalah beberapa benda yang memang best untuk ingat2 kan balik…
  • Rumah Nenek Kebayan : Kat tadika tu ada satu rumah mini… (mini pun besor jugak tau…setakat 20 budak masuk memang takde hal punya). Kitorang panggil ni rumah nenek kebayan. Rumah mini ni siap ada ruang tamu, dapur mainan ngan katil. Kitorang yang boy nie kalau masuk rumah tu memang conform cari katil.. baring2.. melompat-lompat…. Sampai cikgu jerit… “dah..turun..turun”…. hehoheho
  • Cikgu Jana : Cikgu yang ngajor kat tadika tu… baik cikgu nie. Aku selalu tegur dia..sampailah satu hari tu…masa aku tengah laju main buaian…anak dia datang… Ape lagi…bukkk…kaki aku tertendang anak dia… Sejak tu hunganku dengan beliau renggang…huuu…
  • Member terberak dalam seluar: Ada lah sorang member aku nih (“marwan”..bukan nama sebenar kot).. Aritu dia kena cirit birit agaknya.. waktu tengah sibuk mengkaler tiba2 bau busuk menghantui kitorang… Aku tengok dia ngan muka bersalah dia dah macam patung…duduk tegak je.. sikit pun tak menguit… Bebudak lain dah bising…cikgu pun suruh dia bangun, nak bawak keluar la kononnya. Bila dia berdiri je….pergh.. meleleh  merata2….
  • Amukan Hang Jebat: Ada lah budak kelas sebelah… aku pun dah tak ingat dah sape dia, tapi memang aku ingat lah… aritu dia bantai mengamuk nak balik rumah… tak nak belajor… yang tragis tu dia siap acu pisau lipat tau. Tak kasi orang datang dekat… tu yang aku dengor cikgu aku cakap “budak nie tepengaruh tengok citer hang jebat agaknya”
  • Sukan Sekolah: Nie kira xtvt akhir tahun nih… Masa tu aku masuk lah acara carik gula dalam tepung after that kena susun puzzle nombor 1 hingga 10 pastu lari kegarisan penamat… Masa tu memang aku tengah lead… dah siap susun nombor aku nampaklah mak ngan akak aku melambai2… aku ingat diorang panggil…aku datang la kat diorang… pergh… (ya…tuan2… tu lah punca aku kalah masatu…dapat saguhati je)

Hehehehe…panjang pulak nulis…
Aku yang pendiam + pemalu + Low profile masa kecik nie pun rasa seronok waktu kindergarden dolu2… Korang pun mesti ada moment yang best2 kan… kongsilah jom…  emel kat I (master_arul@yahoo.com)..nanti I publishkan…ok.

Peace yo…



Miliop……………….






.






Thursday, November 3, 2011

End Of 2011 in SMK Pending


Orak oreng orak oreng... dah sampai hujung semester pun...
Bebudak form 5 and 6 dah nak exem...
Kusyuk je duduk dalam kelas...kemain rajin lagi belajornye kawan tengok... sampai kekulit-kulit buku dibacanya..

Bebudak lain (form 1 to 4) yang dah abis exem pulak ape cer?...
Berdondang sayang aku tengok bebudak nie..
Kelas dah macam casino royal dah... macam2 pemainan kecil ada.. Dengan chess cina dia, monopoli, uno, chess, dam, ceper, batu seremban...dan segala bagai lagi lah...

Lalu pentadbir pun bagi warning..... "Pelajar tak dibenarkan bermain apa2 permainan dalam kelas"

Bebudak pun tanya aku... "Cikgu...main monopoli pun tak boleh ke?... Apa nak dipolah?" yang lain nyampuk "Yalah cikgu..boring ooo ini macam..."

Aku pun jawab... "Bukan saya tak bagi... saya tak kisah...tapi pihak sekolah yang tak benarkan... "
"Kalau awak nak ..saya ada kertas... Ketua kelas pergi ambik... jom kita belajar"...

(bebudak pun tarik muka masam...cakap bisik2... dari riak muka pun aku dah tau..ngata aku la tuh...hehehe...miliop)




From bottom of my heart:  Bukan salah diorang nak main indorgame.. kan menguji minda jugak permainan macam tu... bukan selalu...ujung-ujung tahun je. 

Tapi...dah boss kata tak boleh... ape boleh buat???



.

Wednesday, November 2, 2011

Koleksi Rancangan Mengajar & Soalan Peperiksaan

Kepada cikgu cikgi yang nak download.... klik ikon download dalam ruangan box (yang ada di sebelah kanan blog ini). Kalau tak jumpa..tunggu sekejap..dia lambat sikit nak keluar.

after that cari ruangan seperti gambar dibawah untuk download





semua boleh didownload secara free...
  • Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (BM)
  • Rancangan mengajar PJPK
  • Standart rancangan pengajaran tahunan
  • Fail Meja Guru 
  • Dokumen Kontrak Untuk Kelab & Persatuan
  • Manual Ujian Lisan B.Melayu (PLBS)
  • Lain2 dokumen

" Hope to be our friend n follower after download"....tq ya....


.

    Tuesday, October 4, 2011

    Makan-makan kat Manhattan

    Kalu tengok tajuk memang rasa macam becoti kat Amerika lah pulak...
    Padahal......

    Storynye....
    Setelah setahun lalu-lalang kat depan kedai ni... ahad aritu terbukak pulak hati my wife untuk ajak aku masuk kedai "The Manhattan Fish Market" kat aras G "The Spring Shopping Mall" Kuching....



    Punca masuk tu sebab nampak ramai orang Islam makan kat dalam tu...
    Bila baca menu dia... tengok staf dia....hmmm... yakin2... halalan toyyiba....


    Macam biasa lah... bila makan tu kena la gilir2 ngan wife dukung Imran...
    Adalah nampak satu wall picture nih....
    Smart jek ayat dia....


    Smart kan...?...
    Nak guna lah masa ngajor kat dalam kelas.


    "Rule No.1: Teachers is always right
    Rule No.2: If the teachers is  wrong..see Rule No.1"

    hehoheho.......miliop







    .

    I Love My Father...


    dadicated  to my beloved father.... Azhar @ Hishar Bin Nasir (ATAN)
    I  LOVE U ABAH




    and...my beloved son...... Harith Imran Bin Kamaruzaman
    I'LL BE ALWAYS THERE FOR U...




    .

    Friday, September 30, 2011

    Kisah Tandas dan Pampers pet-pet

    Tahukah anda (bapa-bapa mithali) bahawasanya anda boleh membantu menyelesaikan masalah pencemaran udara didalam kapal terbang...?

    Jika tak tahu...inilah masanya untuk kita bertindak menyelesaikan masalah ini...

    Sekiranya anda terbau sesuatu yang mencurigakan ketika duduk dalam kapal terbang...
    Jangan panik...
    Cuba perhatikan sekeliling...
    Lihat isteri anda...lihat anak anda yang sedang dipegangnya...
    Lihat juga reaksi muka baby anda itu...
    Wajahnya mencurigakan bukan?
    Dialah suspek utama dalam hal ini...
    Dekatkan wajah anda di pampersnya untuk untuk double kompomkan dia-lah punca bau itu...
    Dah kompom?...ape lagi... jom tukar lampin dia...
    Jangan biar je sampai turun airplane baru nak tukar..
    kesian anak awok...



    Tengok tu tengok tu... kan ada tu tempat tukar pampers baby...
    Tapi bawak le bantal ke kain ke, buat alas kepala dia yek...

    Kawan pun pernah-lah sekali tu membawak anak kesayangan naik Airplane ke Kuching....
    Elok je pintu kapal tu tertutup dia pun terus je biyak...
    Nasib baik ada tempat tukar lampin... Walaupun kecik and sempit tapi ok lah....
    Imran pun ok je papa tengok masa tukar pampers tu... riang je.....


     Tengok tu...kan riang tu......................hmm..



    .

    Lirik n Vedeo Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali


     

    Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

    Mengapa kau pergi
    Mengapa kau pergi
    Di saat aku mulai mencintaimu
    Berharap engkau jadi kekasih hatiku
    Malah kau pergi jauh dari hidupku

    Menyendiri lagi
    Menyendiri lagi
    Di saat kau tinggalkan diriku pergi
    Tak pernah ada yang menghiasi hariku
    Di saat aku terbangun dari tidurku

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu
    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta

    Menyendiri lagi
    Menyendiri lagi
    Di saat kau tinggalkan diriku pergi
    Tak pernah ada yang menghiasi hariku
    Di saat aku terbangun dari tidurku

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu
    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta

    Semoga engkau kan mengerti
    Tentang perasaan ini
    Maaf ku telah terbuai
    Akan indahnya cinta
    Maaf sungguh ku tak bisa
    Untuk kembali padamu
    Maaf ku telah terbuai
    Akan indahnya cinta

    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencintai dirimu
    Aku inginkan dirimu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta

    Aku inginkan diri mu
    Datang dan temui aku
    Kan ku katakan padamu
    Aku sangat mencinta...

    peace............miliop..........

    Tuesday, September 27, 2011

    Kisah Anak Papa (Harith Imran : Part 1)

     


    Lame gile tak tulis kat blog... sibuk wei jaga anak....
    Tapi bila tengok anak makin ari makin besar... makin pandai... sihat n cergas  pulak tu, gembira je rasa... kan mama kan...

         

    Ok Imran... tinggal rumah Auntie Rozi tau... papa ngan mama nak keje...
    Imran baik2..jangan sedih2.... tata Imran...Tata bulat2.......


    (mama pun jangan sedih2....hehehe.... )
    ..................................................miliop


    Sejarah Puteri Santubong and Puteri Sejinjang

    Setelah ber-PPUB.. kat Gunung Santubong aritu.. (PPUB=Perkemahan perdana unit beruniform).. maka ada lah seorang cikgu nih beria-ia menggodek2 internet untuk carik cerita pasal Puteri Santubong... So..aku yang pakar Sejarah nie long-story lah kat dia cerita bebenornye..

    Korang baca lah yea..and perbetullah ape2 yang tak betulnye... (aku cut paste je..hihohiho...)


    GUNUNG SANTUBONG

    GAMBAR GUNUNG SEJINJANG YG BERSEBELAHAN DENGAN GUNUNG SANTUBONG

    Berikut adalah dua versi legenda mengenai puteri santubong buat tatapan dan pengkisahan maklumat sejarah:
    Versi 1

    Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah dua puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama tujuh orang saudara lelaki mereka selepas ayahanda mereka, Sultan Brunei dibunuh di dalam satu komplot rampasan kuasa. Memandangkan tujuh putera ini ingin melarikan diri ke Tanah Melayu, mereka perlu menyeberangi Laut China Selatan maka mereka telah bersepakat meninggalkan kedua-dua saudara mereka di Bukit Santubong.

    Penduduk kampung berasa hairan dengan kehadiran kedua-dua puteri tersebut kerana mereka tidak pernah melihat kedua-duanya ditambah pula dengan kecantikan mereka yang luar biasa. Mereka dianggap sebagai puteri yang turun dari kayangan. Penduduk kampung dan puteri-puteri ini hidup aman damai sehinggalah kedua-dua mereka bergaduh dan berbunuh kerana menganggap seorang lebih cantik dari seorang lagi. Oleh itu, timbullah legenda Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang.

    Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah ‘Turun Dari Kayangan’ (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong – “anak dak dewa turun kayangan”.


    Kembali kepada tujuh bersaudara itu pula, mereka telah meneruskan pelayaran mereka sehinggalah mereka sampai di Pulau Pinang menaiki burung bayan. Setelah mendarat mereka mencari tempat tinggal. Semasa di Pulau Pinang burung bayan yang ditunggang telah terlepas maka dari situlah Bayan Lepas di Pulau Pinang mendapat namanya. Difahamkan carta organisasi salasilah keturunan ini masih wujud di sana.



    Versi 2

    Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.

    Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.

    Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi. Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.

    Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung serta kecantikan dan kejelitaan kedua-dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.

    Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.

    Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera Serapi.

    Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-dua puteri ke kayangan.

    Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.

    Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran





    Oleh,
    Fazillah Begum Binti Abdul Ghani
    Peguam Kanan Persekutuan
    Jabatan Peguam Negara Malaysia
    Sarawak

     
     
    Penceritaan ini adalah sekadar memperkayakan kisah legenda tanah air yang penuh dengan maksud tersirat buat renungan dan iktibar bersama.... bak kata orang "yang baik jadikan tauladan...yang buruk jadikan sempadan"....
     
    miliop......
     
    .


    .

    Sunday, September 11, 2011

    SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEK. MENENGAH

    SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEK. MENENGAH

    1. PENYERTAAN
      • Terbuka kepada semua sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.  
      • Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.
    1. JENIS KOIR
      • Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).
    2. AHLI PASUKAN KOIR
      • Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum/etnik) yang sedang menuntut.
      • Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik).
    3. LAGU
      • Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu atau sebuah lagu + satu medley.
      • Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu Sahaja 
      • Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
    1. Sahaja
      • Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.
      • Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan  oleh pihak berkuasa negara ini.
      • Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.
      • Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya.
        (Homophonic: lapisan–lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu dengan lain dan tidakmempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).
    2. . MUZIK IRINGAN (Accompaniment)
    •  Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja dibenarkan termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment).
    • Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ’live’ oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru).
      (Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik)
    • Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.
    1. PAKAIAN
    • Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.
    1. \PERMARKAHAN
    ·         Harmoni : 40 markah
    ·         Dinamik : 20 markah
    ·         Intonasi (tone colour/pitching) : 10 markah
    ·         Imbangan) : 10 markah
    ·         Attack/Release : 10 markah
    ·         Sebutan (Tempo/stability) : 5 markah
    ·         Ketrampilan : 5 markah


    Monday, August 15, 2011

    "Mohon Maaf Zahir dan Batin Semua" ....


    "Mohon Maaf Zahir dan Batin Semua" ....  
    Jom bermaafan...kalau boleh jangan tunggu raya tau.. sebab bulan Ramadhan adalah bulan paling barokah untuk kita memohon keampunan.... 
    "Asalamualaikum dan selamat beramal"..(dalam nada Dr not so Easy hot FM)


    _____________________________________________________________

    Telah ditanyakan (para sahabat), kepada Rasulullah :
    "Wahai Rasulullah, saat Engkau naik ke atas mimbar, Engkau sampai mengatakan Amin (3x) (ada apakah gerangan?)"

    Kemudian Rasulullah memberikan keterangan sbb:
    "Jibril telah datang kepadaku dengan mengatakan : "Barang siapa yang telah datang kepadanya bulan Ramadhan(puasa) , kemudian dia tidak mendapatkan pengAMPUNan (pada bulan Ramadhan tersebut), maka ia dimasukkan kedalam api neraka, dan Allah jauh dari dirinya, maka katakanlah :Amin" (Kemudian aku meng-aminkannya)

     
    "Dan barang siapa yang mendapatkan orang tuanya (ketika keduanya masih hidup), atau salah satu diantara kedua orang tuanya masih hidup, sementara (dia mampu berbuat baik untuk kedua atau salah satu diantara keduanya), kemudian dia tak mau berbuat baik kepada keduanya, atau salah satu diantara keduanya (yang masih hidup tadi), kemudian mati, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka, dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka aku katakan :Amin"

     
    "Dan barang siapa yang dimana namaku disebutkan (didepannya) , kemudian dia tak memberikan shalawat kepadaku, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka dan Allah sangat jauh dari dirinya, maka katakanlah (wahai Muhammad SAW) (amin), maka aku katakan "Amin"  
    (H.R Ibnu Hibban didalam kitab shahihnya 3:188).


    Saturday, August 13, 2011

    Sahur oh sahur........


    Baru 14 hari posa tapi dah tekulat2 nak makan time sahur......... 
    Bangun tu x de problem... anak 0r wife aku boleh kejutkan... 
    tapi bile nak makan tu...... 
    "sukarnya...untukku....menangis kernamu...."

    Ingat lagi masa kecik2 dulu.. kalau time ok tu aku tolong la mak susun2 pinggan, bentang tikor and ambik air basuh tangan masa masa nak sahur...
    tapi kalau time ngantuk tu....(sebab mlm tido lambat tengok wresling)... pergh..
    Ada beberapa "pit stop" untuk tido sebelum betul2 bangun...
    • Bila mak or akak aku kejut aku akan duduk jap sambil berselimut..... macam betapa lah... tu tido lah tu dlm 2-5 minit....... Mak pun sound..."bangun...gi basuh muka"
    • Luar bilik air.... (masatu bilik air kat luar rumah)... sambil tunggu org lain dalam bilik air sempat la tidor2 chiken jap...
    • Dalam bilik air......... ambil mencangkung...tangan sebelah pegang berus gigi.. tapi masih diawang-awangan lagi nih.... Kalau yang kat luar tu rasa mcm lama je nunggu..maknanya aku tetido lah tu..
    • Depan nasi... Rumah aku klw bab makan2 ni kitorang makan saing2.. (semua dah ada..baca doa..baru makan). Sambil tunggu yg lelain (abah terutamanya sebab abah bangun last sekali)...sempat lah tido jap...
    ......makan tak sampi 10 minit pun. Makan laju2....sebab nak tido balik...hehehe...
    waktu tido lepas sahur tu  lah rasanya paling nikmat sekali....
    macam dah lama bebenor rasanya tak jumpa tilam...
    dibuai kesejukkan pagi pulak tu...fuhh.....best2....


    namun......baru tido beberapa minit rasanya....
    baru nak sweet-sweet dream...mak dah kejut lagi....
    "Bangun2....mandi... gi sekolah" ................. miliop


    .

    Wednesday, August 10, 2011

    Kesan Negatif Sistem Analisis Peperiksan Sekolah??!!


    Tahukah anda bahawasanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini telah menghantui bejuta guru kat Malaysia...

    Kalau yg mana cikgu-cikgi memang tau sangat lah tentang benda-alah nih (siapa yang tak tau kena carik info kat web lain eh....i'm sorry). Ideologi sistem ini diperakui bagus namun keupayaan aplikasi yang tak mesra pengguna, lembab seperti span basuh pinggan, server down bila2 masa yang dia suka, maklumat hilang selepas jenuh orang key in...ternyata menjadikannya malapetaka yang besar. Dan diperakui terdapat kesan negatif yang SERIUS selepas dasar SAPS ini dilancarkan oleh kementerian.. 
    1. SAPS menyebabkan ramai guru menghemburkan kata2 yang mendoakan kecelakaan kepada pembina sistem tersebut. Contohnya..."teruk betul, bodoh betul, bangang betul dan menyusahkan orang betul....." Bayangkan jika satu sekolah = 10 orang guru cakap macamtu. 20 sekolah dah 200 orang. tu baru 20 sekolah...kat Malaya ni ada beribu sekolah abang oi... Sia2 je hidup kalau orang doakan kecelakaan kat kita...
    2. SAPS menyebabkan cikgu2 kurang peniduran... nak buat masa kat sekolah tak boleh, banyak keje lain maka kenalah buat kat rumah. Tu pun kena carik time malam sampai pagi..baru line clear....... dah kurang tido.....esok nak ngajor.
    3. SAPS merosakkan program kek dan biskut raya... Cikgi2 baru ingat nak safe bajet.. buat kueh raya sendiri.. kalau ada lebih boleh bisness....... abistu dah nak isi maklumat dalam SAPS je..mana ada masa nak buat kueh...
    4. SAPS mengganggu emosi guru.... Kat rumah takde internet, kat sekolah pulak komputer guru 6 bijik je... cikgu ramai nak guna nih... dah la tunggu sikit punya lama... masuk data ok tapi bila chek balik datanya dah hilang...pergh "tensen" la member... Jadik...kepada ibubapa dan pelawat yaang datang ke sekolah, janganlah anda terkejut mendengar guru menjerit2 dari bilik komputer sekolah... Sesungguhnya banyak sungguh luahan perasaan yang telah didengari oleh komputer yang berada di bilik tersebut...
    Ok lah... apepun bonus dah comform dapat.......... jadik keje kene lah buat ye cikgu2 semua... peace..


    Friday, August 5, 2011

    eh... awak Tak puasa Ke?... (part 2)


    Adalah seorang budak kelas aku nih.... Form2...
    Nampak ligat je... aku pun tanya la dia...

    "Wan... (mcm biasa... bukan nama sebenar)... puasa awak hari ni wan?"
    Sambil tekulat-kulat dia pun jawab..."tak cikgu"
    "Kenapa tak puasa wan?... awak sakit apa?"
    "Tak tahan haus cikgu...."
    "Eh..kan mendung je arini.... saya rasa hujan petang ni... takkan haus kot. Tu kawan awak yg pompuan rilek je puasa...."
    "pagi tadi saya ingat ari ni panas cikgu..."
    "Esok puasa...?"
    "Hmmm"...(sambil angguk2 kepala)

    aku tanya lagi.......... "Awak ada gerek".......... (gerek tu awek la...)
    "Ada cikgu....budak form one".. yg ni kawan dia jawabkan.
    "Awek awak puasa tak wan?....."
    Dengan wajah sedikit riang dia pun jawab "Dia pun tak puasa cikgu..."

    hmm... realiti beb kes mcm ni....
    So mak ayah... anak dah besor panjang, ada awek, tapi tak puasa... apa awak buat?!!... miliop

    Dulu kita baru darjah 2 tak puasa memang kena kutuk member.....
    Lepas tu tak boleh buka sama2 ngan orang puasa... makan je lah belen2 bila org lain siap bebuka.






    Ok lah... selamat beposa.... ngan selamat bebuka............
    Yang tak puasa tu pegi main jauh2. Jangan nak nyibuk-nyibuk kat sini.








    .

    Thursday, August 4, 2011

    eh... awak Tak puasa Ke?...


    Pergh lama gila tak nulis blog... Sibuk beb jadik Papa nie..
    Yang mana baru nak jadik Papa Mama tu prepare lah awal2... mental AND fizikal tau..
    Nengok macam kawan nih.. kawan punya facebook pun baru tadi bukak... dah bepoloh dah inbox. Dah bejaman toin (ayat mak aku)...baru balas...

    Apepun selamat menyambut ramadhan semua...
    Selama bepuasa my Pren.... Islam ke + tak Islam ke...puasa la yea...
    masa Raya nak pulak joint sama; satu Malaysia lah Konon; takkan Puasa tak nak joint kot... miliop..

    Orang tak puasa kan tak boleh raya (ayat bebudak zaman dulu2). Kan kalau puasa sehari cuma boleh raya sehari je... kalau puasa seminggu boleh raya seminggu......... kalau puasa penuh baru atuk kasik duit raya..hmm...

    Ok lah... caw cin caw dulu... 
    InsyaAllah ada rezki kawan kasik info Ramadhan eh...
    salam....





    .

    Saturday, July 9, 2011

    Harith Imran

    6hb julai 20011... 11.53mlm... :En Kamaruzaman.... En Kamaruzaman.... (suara nurse)
     Awak boleh masuk eh.. Ikut nurse yg sana tu...........

    12.24mlm.... Dengan mata kepala aku sendiri, aku lihat macammana dia keluar melihat dunia. Susuk tubuh dia sempurna.. Di potong tali pusat. Di buang kahak. Di lap....and diletak atas isteriku... sambil menangis dia membuka mata.... Ya Allah..besarnya kurniaan tuhan. Sujud syukurku padamu ya Allah....

    (ni aku tulis dalam keadaan monolog tau : becakap sorang2 dlm hati)



    aku dukung... Ku bacakan untuknya Fatihah...Selawat...ku Azankan... ku taklik kan... aku perkenalkan diri: aku ayah dia... Aku beritahu namanya................



    "Harith Imran Bin Kamaruzaman"

    (Harith : Kuat berusaha + Imran : Nama nabi / Berbudi bahasa)




    .

    Wednesday, June 29, 2011

    Juara Imam Muda Musim Ke-2 VS Jaguh Kampung


    "Satu rancangan keilmuan yang bakal memecah tradisi.... Ada berani...."
    Rilex je Ustaz Hassan Al-Hafiz buat promo...
    and dah nak abis dah Imam muda Musim-2..
    Yang best...orang kampung kita (Segamat Johor) masuk finel weh....


    Cakap dah ngan baby dlm perut mama tu...
    Nanti dah beso jadik Doktor.... Ngan masuk imam muda tau... hehehe..

    tapi..masa tengok Lee Chong Wei menang badminton aritu ada cakap ngan baby  nanti dah beso jadik atlit Malaysia jugak... ah sudah....milap..... macammana ni...




    Tu baby...isteri pulak masak sedap2 tau... nanti boleh masuk jaguh kampung... macam orang Kampung Lubok Batu Pahat tu...kan..kan...kan baby kan...


    hmm...sayang kan orang Batu Pahat jugak kan.... 
    ok la tu.... (sambil membuat isyarat jari macam syaida AF)






    .

    Friday, June 24, 2011

    Kerusi Gedik Gedik

    Lepas jalan-jalan beli buku..tengok jam dah pukul 5 lebih ni. Ada masa sejam je lagi sebelum parking jd 3 ringgit.. ( "belum lagi lah..bulan 7 baru start harga parking baru tu"..suara latar from my wife)

    dapat kurasakan kedai bayi kat depan MPH Spring macam memanggil2 kitorang... Masuk je kat pintu utama dia nampak dia punya ofer tuk baby bouncer... ada ofer...

    Lama dah my wife provoke aku tuk beli benda ni.. and aku pun ada rasa nak beli jugak.. cume yg kat TOYworld aritu mahal de...
    pusing2+tanya harga+tengok bebarang lain... pastu melangkah keluar lah kitorang dari kedai tu.. Baru beberapa tapak...tanya lah my wife balik.. "nak beli tak"...

    and pendek cerita .......... 

    yea... dah beli pun sebijik... baby pun gerak laju je kat perut mama tu... mesti baby riang... 
    kan sayang kan.....hehehe....




    .

    Buku Pelajaran Yang Baru.......

    Akhirnya..........Abis jugak aku membaca buku ARMAGEDON ni... (Walaupun ngelat sebab skip2 sikit).
    Kepala makin berat ni..wah.. mesti ilmu dah penuh dalam kepala ni.. 
    Tak boleh terantuk ni... nanti tumpah pulak...

     
    Hehoheho... (ketawa cara member aku) ...storynye, setelah hampir seminggu my Wife tak keluar rumah... (ye lah.. org tgh sarat mengandung)  maka aku pun ajak dia keluar minum petang... Pikir punya pikir dia pun cakap.. makan "Big Apple" lah kat "TheSpring"...

    Abis je makan kitorang pun merayau la ke kedai buku MPH... Lalu..dn  ringan tulang menyambor buku2 ni...






    Buku "TheChocolateRun" ni untuk my wife...
    Kononnya bolehlah dia buat baca masa kat sepital nanti..
    Tapi masa balik dari scholl...tengok mcm dia dh banyak je baca tu..








    Buku ni tuk aku... bisness management...
     Buku yg bawah ni pulak tuk ganti buku ARMAGEDON yg dah abis baca tu... 
    yang ni tah berapa bulan la pulak baru abis baca agaknya.... miliop.....




    .

    Thursday, June 16, 2011

    Cosway hexagon hydrogen water system

    Setelah 4 - 5 bulan berkira-kira akhirnya.............
    beli jugak penapis air hexagon nie...hehehe...
    tu pun sebab ada lah peristiwa-nya kan sayang kan.

    Setelah menggunakannya maka nak bagitau la sikit...
    Bagi mereka yg baru nak membeli....anda perlu tahu;

    1.  Air-nye akan keruh masa mula2... jadik buang lah dlm seteko dua dulu. Jgn terus minum...
    2. Airnye memang jernih sedikit kebiruan... rasa and bau yg lain sikit je dari air paip biasa. Kalau tak biasa dengan rasa tu...korang masuk lah dalam bekas air dulu. Lepas beberapa jam baru minum..
    3. kalau jadik member - harga benda ni jadik 6rat lebih lah tapi kalau rasa duit banyak sangat...x payah jadi member.. beli la dlm harga seribu lebih tu........
    kenapa benda ni best?

    - sebab tak payah masak air.
    - tak la minum air2 keruh berkarat dari paip tu
    - tak payah minum klorin
    - takde la masalah air masak abis


    and.....


    With a unique table-top water treatment system, one that infuses your water with abundant hydrogen.

    Dissolved hydrogen is an excellent antioxidant because it readily "donates" its electrons to stabilise free radicals




    ok...peace yo... (mcm aC lah pulak...miliop)








    .

    Tuesday, June 7, 2011

    JAMU ...!!!

    Setelah lama memaksa my wife mengoder jamu tuk set bersalin.......
    Akhirnya dia oder jugak........ fuhhh...

    Bukan apa...kat Kuching nie susah bebenor nak carik kedai ala-Mustika Ratu..
    yg ada tu pun old-scool punya......... and mahal2 de... (pergh... ber "de-de" eh... pengaruh shahizi sam nih)

    Pagi semalam......... abg pos laju hon depan rumah...
    Tu dia......... set jamu  by "Tropical Herbs" dah sampai....... yea..........

     Tengok kotak dia kecik je........ bila bukak..kat dlm mcm2 ada.....


    Ni..ni... yg teh dia ni kena abiskan ye sayangku.........
    bagus tuk kesihatan..hmm...











    .

    Monday, May 30, 2011

    Cara Mempermudahkan Ibu-Ibu Bersalin

     Adalah saya yang tak-lah pandai dan tak-lah suka memandai-mandai ingin menyatakan bahawa mana2 suami beristeri mengandung tu... Jom kita usaha sikit... tolong mempermudahkan isteri kita.


    Asalnya nak mintak ayah aku buatkan air selusuh ni tapi setelah membaca and mengkaji maka sebagai sorang suami lebih baik buat sendiri je... Kalau suami buat ia lebih barokah..insyaAllah.. Air ni bukan untuk mandi tau ni buat untuk isteri kita minum. Minum la dengan lafas Bismillah and selawat setiap pagi bila usia kandungan tu dah lebih dari 8 bulan.


    Apepun... kita berusaha dan bertwakal... dengan izin Allah insyaAllah dipermudahkan...

    UNTUK MENYEDIAKAN AIR SELUSUH UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN, KOMBINASI BACAAN DOANYA IALAH..

    1. SURAH AL-FATIHAH



    2. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 (59:21~24)


    TERJEMAHAN:



    21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.



    TERJEMAHAN:
    22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    TERJEMAHAN:
    23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

    TERJEMAHAN:
    24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



    3. SELAWAT SYIFA'




     
    4. DOA SELUSUH....terjemahannya
     

    " YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.

    5. DOA PEMUDAH....terjemahannya
    " YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".









    .

    Tuesday, May 24, 2011

    Cerita RajaAyam

    Nampak tak logo kat sebelah tu... Bukan saje2 je letak tau..
    ada lah cite suka duka yang best pasal tempat nie..

    Masa abis form 6 dulu... kat restoran "AyamRaja" ni lah aku keja...
    Dalam restoran ni ada lah satu bilik "Chiller" yang agak besor (ni kira bilik beku la)...
    Tempat tuk letak ayam, sayur masyur and segala bagai lagi lah......

    Nak jadik cerita... Kat restorent ni tokey dia kedekut pahit and syak wasangka yg amat sangat kat pekerja dia.. Dia takut kitorang curik ayam and curik tulang.... Maka dia pun pasang la CCTV memerata tempat; kecuali kat dalam Chiller... Aku ngan memember pun apa lagi.. klw rasa nak ngulor ngan makan tu kitorang masuk la dlm chiller nih, buat2 kira stok lah kononnya...

    nengok tu... mcm tu la Chiller Room..  tu tak sampai suku dari saiz dia tau...


    and... ada lah satu hari tu... tengah sibuk aku ngan sorang member ni makan aym + minum jus buah (hehehe).. ada lah sorang akak tu dia kata "bos datang..boss datang... jgn bising" and dia pergi tutup pintu chiller... "BUMM" .. Dekat 10 minit tuan2 dan puan2 kitorang kat dlm tu.. pergh dia punya sejuk...menggigil siut..beku... (masatu lah aku baru tau.. chiller atau peti ais ni akan keluar dia punya wap sejuk bila kita tutup pintu. Bila kita bukak pintu wap sejuk tu akan off secara automatik).. ish..nak ketuk pintu takut kantoi ngan boss pulak..

    Bila akak supervisor tu bukak pintu lepas tu dia boleh bantai gelak... dia kata padan muka.. takde bos pun sebenarnye.. hehehe..

    huh.. miliop sungguh............





    Ape2 pun (dlm bahasa omputih.. "whatever"... ) ..to all my C.king friend 'Kak Fiza - Kak Ram - and reramai lagi.... miss u all...





    .