Monday, February 28, 2011

Aku dan SamaN...

ha...baru nak terhegeh-hegeh bayor saman...... Tu lah...orang dah kabor awal2 lagi..arini last kopek.... ada jugak yang degil..pastu masuk TV buat la muka sedih dia.. "Bukan kami tak nak bayar saman, kami nak bayar..tapi u tengok.. semua tempat penuh. Yang ambil nombor petang tadi pun masih tunggu. Saya datang tadi, nombor dah habis... patut kerajaan bertimbangrasa dan beri kami masa.. 1 bulan ke, 2 bulan ke, 3 bulan ke lagi....sebab sebenarnya kami nak bayar saman ni" ............cis sungguh........

Kalaw betul2 nak bayar..3 bulan lepas lagi kerajaan dah ofer diskaun 50% ni bro........
macam kucing.......dah beri betis nak peha ayam KFC pulak..

Tengok macam aku...... awal2 kerajaan ofer terus bayar semua 7 saman... dekat 600 hinggit tau... (sambil menggenggam kuat tangan tanda frust duit melayang).....


miliop?!!.............

Saturday, February 26, 2011

HisDuStan Punya CEriTa

Oleh kerana terlalu sibuk..........sejak 3 empat bulan nie,  dah tak tengok lagi cerita hindustan. Ape boleh buat.. Masa muda-muda dulu, habis semua cerita SRK aku tengok..beli CD lagi....

Nak jadik cerita.. adalah satu competition kat Rado THR..nyanyi lagu hindustan nie. Kalaw menang boleh dapat set perhiasan barang kemas india ... Akak aku pulak nak kawin waktu tu...beria-ria dia suruh aku telepon.... dengan harapan dpt la begaya masa kawin ngan barang kemas tu..

Namun...haritu aku sakit tekak...tak dpt perform dgn baik (cis...alasan semata2)......

hujung2 minggu nie..tak dapat tengok hindustan tengok tamil kat TV2  pun ok lah... best jugak ape..........kan isteri kan...

hehehe....miliop..........

Thursday, February 24, 2011

SamBut Orang2 BeSor

Ada lah kisah nak story sikit kat korang arini... Biasanya kan bila kita buat event sikit adalah pihak2 tertentu ni yang beria-ia nak jemput org2 besor datang merasmikan/menutup majlis. Dan masatu sibuk la org2 bawahan macam kita ni disuruh buat persiapan ye-ye-al.... and bila org besor nie dah nak sampai maka semua org pun diminta bebaris dan tecongok menunggu dia di tengah2 panas... Tunggu punya tunggu punya tunggu..........1/2 jam lepas tu baru la org besor benor ni sampai........


Perlu ke semua tu?
Wajib ke nak kena sambut2 nie?
and kalaw korang nak tau masa kat sekolah lama aku dulu (SMJK Seg Hwa)... Timbalan menteri pendidikan datang utk merasmikan bangunan....... but...semua belajar macam biasa... dia lalu dan lihat bebudak tengah belajor tampa rasa risau dgn kehadiran dia.... dia marah ke? tak bro...dia kasi peruntukan baru lagi ada lah...

yg ni baru la aku rasa betul... n aku rasa diaorang (org2 besor) ni pun tak heran ngan sambutan beria2 ni..
.........kan?...Kan?....

miliop...........................

Jom kita KABBADI 2






Tuesday, February 22, 2011

Jom kita KABBADI

skull Pending tengah buat pertandingan kabbadi sekarang nie............ kalaw korang nak tau, sejak sampai kat serawak nie lah baru aku tau yang bebudak melayu n bumi pun main game ni jugak...

game nie memang ganas... orang kata yang hati kering and derejal je sesuai main game tepuk, terajang, tangkap, tolak ngan peluk nih......
Tapi...seronok tengok diorang main... sporting n profesional...
sempat jugak la aku tanya sorang minah ni masa aku tengok pertandingan kabbadi tadi...tengok semangat je dia tunjuk2 bebudak yang tengah main tu.. "kitak pun main juak kah? (awak pun main jugak ke)... dia jawap: "sik...saya nangga jak, duluk saya skool sitok..main kabbadi juak duluk" (tak, saya tengok je, dulu saya masa sekolah kat sini saya main kabbadi jugak) ....

story punye story dia pun bagitau yang dia pernah wakil serawak.. main peringkat kebangsaan tapi kalah... yang bestnye nak tau tak alasan kenapa diorang kalah.... dia kata masatu dari negeri lain semua india. Geli nak peluk bila diorang dah berpeluh-peluh....

miliop........

Sunday, February 20, 2011

KeSiaN AnJinG

Hari-hari aku lalu depan rumah sorang CINOT nie... and 2 tiga kali jugak anjing dia menyalak-nyalak kat aku...macam la aku ni nak rompak sangat rumah tuan dia. Mentang2 lah aku bawak moto...kat mamat yang bawak honda ciTy kat depan aku tu dia tak menyalak pulak...

Tapi......
aku kesian kat anjing nie... siang malam dia duk temanggu depan pagar rumah tu. Berujan...Berpanas...
and aku tengok jugak beberapa rumah lain...sama je.. tak kesian ke tuan2 anjing nie kat anjing dia yg setia tu.. buat la pondok ke kat depan rumah...oning ke... biar dia tak berhujan berpanas....kesian beb...

sebab tu kalaw marah kat kekucing aku..aku nasihat cikit kat diaorang (kucing2 aku)...
"korang nie betuah jadik kucing tau tak...makan tido semua orang dah sedia dlm rumah.. tengok anjing tu, berujan, bejemur tengah panas...kalaw tak pun tekurung je dalam kandang...mcm SAM tu..(anjing jiran belakang rumah aku) ... tu pun tak bersyukur lagi..."

miliop sungguh......

Saturday, February 19, 2011

BaLdi-BesEN dan BaJU





Awal-awal dulu aku selalu sumbat baju kotor dalam baldi... bila dah penuh sebaldi, aku pun basuh lah baju tu......... lama-lama bila kemalasan melanda aku tengok baju dah melambak-lambak kat luar baldi..tak boleh jadik ni.. maka dengan rasa riang gumbiranya aku ngan wife beli lah bakul yang besor sikit............
hahaha.......lepas nie mesti muat semua baju2 kotor sumbat kat dalam bakul nie....

namun....................
sebulan dua lepas tu aku rasa macam tak cukup pulak .... nak jadik cerita dah ada 2 bakul baju kat rumah sekarang nie......bila dah penuh baru la rasa nak basuh......

Miliop...........

Thursday, February 17, 2011

KAWAD KAKI KOR KADET POLIS





ARAHAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM

Peringatan;

· Arahan kawad ini hanya bertujuan untuk latihan pelajar.

· Terdapat beberapa arahan yang mungkin tidak sesuai untuk unit beruniform tertentu.

· Terdapat penggunaan ayat arahan yang mungkin tidak bertepatan dengan ejaan B.Melayu (keadaan ini disengajakan).

MEMBENTUK BARISAN BERTIGA-TIGA

1- Skuad, bentuk satu barisan dihadapan saya, yang tinggi ke kanan… yang rendah ke kiri…. Dalam satu barisan… paras.

2- Dari kanan….. nombor…

3- Ganjil, satu langkah ke hadapan. Genap, satu langkah ke belakang.

Ganjil dan genap….gerak.

4- Yang kanan sekali diam.

Ganjil, kekanan pusing. Genap, kekiri pusing. Kanan dan kiri….pusing.

5- Bentuk barisan bertiga-tiga. Dari kiri, cepat jalan.

6- Kekanan….lurus. Pandang…depan.

7- Baris, senang diri.



ARAHAN KAWAD STATIK

1- Baris. Baris…sedia.

2- Buka barisan…gerak.

3- Senang…diri.

4- Rehatkan diri.

5- Baris. Baris…sedia.

6- Bergerak kekiri. Kekiri…pusing.

7- Bergerak kekanan. Kebelakang…pusing.

8- Menghadap kebelakang. Kekanan…pusing.

9- Menghadap kehadapan. Kebelakang…pusing.

10- Baris. Senang…diri.

11- Rehatkan diri.

12- Baris. Baris…sedia.

13- Tutup barisan…gerak.

14- Kekanan….lurus. Pandang…depan.





ARAHAN KAWAD BERJALAN LALU

1- Bergerak kekiri bertiga-tiga, kekiri…pusing.

Dari kanan…cepat jalan.

2- Kiri belok

3- Kiri belok

4- Kiri belok

5- Kiri belok

6- Hormat, hormat kekanan…hormat.

Pandang..depan

7- Hormat, hormat kehadapan…hormat.

8- Tukar langkah semasa cepat jalan… tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah…maju.

9- Bergerak kekanan. Kebelakang…pusing.

10- Kiri belok

11- Kiri belok

12- Tukar langkah perlahan…perlahan jalan…

13- Kiri belok

14- Bergerak kekiri. Kekiri…pusing.

15- Buka barisan…gerak.

16- Pandang kanan

17- Pandang depan

18- Tutup barisan…gerak.

19- Bergerak ke belakang, kekiri..pusing.

20- Kiri belok.

21- Tukar langkah cepat… cepat jalan.

22- Kiri belok

23- Kiri belok

24- Berhenti

25- Menghadap kehadapan. Kekanan…pusing.

26- Kekanan…lurus. Pandang…depan.




ValEntiNe PunYA BunGa

Masa aku ngan wife jalan-jalan sekitar town kucing hari sabtu, ahad aritu...dpt lah tengok suasana yang biasanya ada kat cameron Highland je... (orang melambak-lambak jual bunga tepi jalan).. biasalah..orang xxxxx nak sambut valentine day lah tu... Adalah jugak orang "bijak pandai" dari negara omputeh  kata kononnya bunga ros nie ada makna tersirat..cuba kita tengok sikit..

  • Bunga Ros Merah: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.
  • Bunga Ros Kuning: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu
  • Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.
  • Bunga Ros Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

and...Kita yang kat Malaya ni pun terima lah bulat2 ideologi dia... Why? 
Kita kan ada bunga kita sendiri...cuba la guna bunga tempatan macam kat bawah..........


  • Bunga Pahar : Si dia mencintaimu setulus hati comform nak kawin dengan kamu
  • Bunga Tahi Ayam: Si dia mahu kamu menjauhinya kerana dia selama ini memang nak kikis harta je. Sekarang dia dah dapat balak yang lagi kaya.
  • Bunga Rampai : Si dia merestui segala keputusanmu ketika itu. (kira green light la kalaw nak spare awek lagi satu)
  • 7 Bunga Berlainan Jenis : Si dia kecewa dengan kamu kerana kamu seorang yang menyusahkan dia dan pembawa malang..
 
.... miliop



Monday, February 14, 2011

SaLam MauliDul RASuL

Maulidur Rasul : Pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan sambutan hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini dinamakan Hari Maulud (Bahasa Arab 'Maulid'). Adapun pendapat yang masyhur mengatakan bahawa golongan Ubaidiyyunlah yang mula-mula memulakan sambutan Maulid. Ubaidiyyuun adalah pengikut Ubaidillah al-Qaddah, yang selepas itu masyhur dengan panggilan al-Ubaidiyyun. As-Suyuti dalam Husnul Maqsud Fi Amal Al Maulid menegaskan: "Orang yang pertama kali mengadakan peringatan hari Maulid Nabi adalah penduduk Irbal, Raja Agung Abu Sa'id Kau Kaburi bin Zainuddin Ali bin Bakitkin, seorang raja negeri Amjad.

Manakala Syeikh Muhammad bin Abu Ibrahim berpendapat bahawa maulid di mulakan oleh Abu Said Kau Kaburi, katanya: "Bid'ah peringatan Maulid Nabi ini, ianya pertama kali diadakan oleh Abu Sa'id Kau Kaburi pada abad ke-6 H.

Syeikh Hamud Tuwaijiri pula berpendapat bahawa: "Upacara peringatan maulid adalah bid'ah dalam Islam yang diadakan oleh Sultan Irbal pada akhir abad ke-6H atau pada awal abad ke-7H".

Jika di perhalusi dari fakta sejarah, golongan Al-Ubaidiyyun memasuki Mesir pada tahun 362H dan raja terakhirnya Al-Adhid meninggal tahun 567H, sedangkan penguasa Irbal dilahirkan 549H dan meninggal 630H, ini menjadi bukti bahawa kelompok Ubadiyyun lebih dahulu daripada penguasa Irbal iaitu Al Malik Al Mudza’ar dalam mengadakan upacara peringatan maulid Nabi.

Mungkin tidak tepat jika dikatakan bahawa penguasa Irbal adalah orang yang pertama yang mengadakan Maulid Nabi di Maushil, seperti yang dijelaskan dalam buku-buku sejarah.

Di Malaysia 12 Rabi'ul Awwal diisytiharkan sebagai hari Cuti Umum. Kalau di negara-negara umat Islam di Asi Tenggara, hari ini diingati sebagai hari yang bersejarah dan disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Mereka akan mengadakan upacara sambutan secara besar-besaran untuk menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada Junjugan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Banyaklah kenduri-kenduri kecil diadakan. Sahabat dan jiran tetangga dijemput untuk meraikannya. Akhir-akhir ini upacara menyambut kedatangan tarikh bersejarah ini diadakan oleh pemerintah di hampir setiap negeri.


Sesudah itu, sebagai acara kemuncaknya akan di baca selawat, yang memuji-muji akan Rasulullah s.a.w. Kebiasaannya teks selawat maulidurrasul akan kedengaran sama sahaja walau di mana-mana tempat, cuma dilagukan dengan gaya masing-masing. Dalam masyarakat melayu di Malaysia, meraikan Hari Maulidur Rasul mestilah disertai bersama jamuan makan yang enak-enak dan melagukan sajak yang disebut sebagai selawat. Ketika lagu selawat dialunkan beramai-ramai sambil berdiri, bunga rampai diarak kepada semua tetamu untuk diambil sedikit. Bunga rampai merupakan bau-bauan yang hanya dibuat ketika majlis maulid sahaja. Selawat ini mengikut catatan sejarah ibnu Hisyam, asalnya bermula dinasyidkan oleh orang Ansar yang berada di Madinah ketika menyambut ketibaan rombongan Nabi Muhammad s.a.w. bersama golongan Muhajirin dari Mekah. Teks selawat yang dialunkan adalah sebagaimana di bawah.

Hukum Merayakan Maulid Rasul s.a.w.
Fakta yang sesungguhnya dari kehidupan Rasulullah SAW menegaskan bahawa tidak ada riwayat yang menyebutkan beliau pada tiap ulang tahun kelahirannya melakukan perayaan tertentu. Bahkan para sahabat beliau pun tidak pernah kita baca dalam sejarah pernah mengadakan ihtifal secara khusus setiap tahun untuk mewujudkan kegembiraan kerana memperingati kelahiran Nabi SAW.

Bahkan upacara secara khusus untuk merayakan perayaan maulid nabi SAW juga tidak pernah kita dengar dari generasi tabi’in hingga generasi salaf selanjutnya. Perayaan seperti ini secara fakta memang tidak pernah diajarkan, tidak pernah dicontohkan dan juga tidak pernah dianjurkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat bahkan para ulama salaf di masa selanjutnya.

Perayaan maulid nabi SAW secara khusus baru dilakukan di kemudian hari. Dan ada banyak versi tentang siapa yang memulai tradisi ini. Sebahagian mengatakan bahawa konon Salahuddin Al-Ayyubi yang mula-mula melakukannya, sebagai reaksi atas perayaan Natal umat Nasrani. Kerana saat itu di Palestine, umat Islam dan Nasrani hidup berdampingan. Sehingga terjadi interaksi yang majmuk dan melahirkan berbagai pengaruh satu sama lain.

Versi lain menyatakan bahawa perayaan maulid ini dimulai pada masa dinasti Daulah Fatimiyyah di Mesir pada akhir abad keempat hijriyah. Hal itu seperti yang ditulis pada kitab Al-A’yad wa atsaruha alal Muslimin oleh Dr. Sulaiman bin Salim As-Suhaimi hal. 285-287. Disebutkan bahawa para khalifah Bani Fatimiyyah mengadakan perayaan-perayaan setiap tahunnya, di antaranya adalah perayaan tahun baru, asyura, maulid Nabi SAW bahawa termasuk maulid Ali bin Abi Thalib, maulid Hasan dan Husein serta maulid Fatimah dan lain-lain.

Versi lain pula menyebutkan bahawa perayaan maulid dimulai tahun 604 H oleh Malik Mudaffar Abu Sa’id Kukburi.

Mereka yang sekarang ini banyak merayakan maulid nabi SAW seringkali mengemukakan dalil. Di antaranya:

1. Mereka berhujjah dengan apa yang ditulis oleh Imam As-Suyuti di dalam kitab beliau, Hawi li al-Fatawa Syaikhul Islam tentang maulid serta Ibn Hajar Al-Asqalani ketika ditanya mengenai perbuatan menyambut kelahiran nabi SAW. Beliau telah memberi jawaban secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut maulid merupakan bid’ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para salafus-soleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Namun perayaan itu penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji, meski terkadang dicacat oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.

Jika sambutan maulid itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syari’ah, maka tergolong dalam perbuatan bid’ah hasanah. Akan tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar syari’ah, maka tidak tergolong di dalam bida’ah hasanah.

2. Selain pendapat di atas, mereka juga berhujjah dengan dalil hadits yang menceritakan bahawa siksaan Abu Lahab di neraka setiap hari Isnin diringankan. Hal itu kerana Abu Lahab ikut bergembira ketika mendengar kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad SAW. Meski dia sediri tidak pernah mahu mengakuinya sebagai Nabi. Bahkan perasaan gembiranya diimplementasikan dengan cara membebaskan hambanya, Tsuwaibah, yang saat itu memberi khabar kelahiran Nabi SAW.

Perkara ini dinyatakan dalam sahih Bukhari dalam kitab Nikah. Bahkan Ibnu Katsir juga membicarakannya dalam kitabnya Siratunnabi jilid 1 halaman 124.

Syamsuddin Muhammad bin Nasiruddin Ad-Dimasyqi menulis dalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal di dalamnya diringankan siksa kuburnya tiap isnin, apalagi dengan hamba Allah yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Muhammad SAW?

3. Hujjah lainnya yang juga diajukan oleh para pendukung maulid Nabi SAW adalah apa yang mereka katakan sebagai pujian dari Imam Ibnu Hajar al-’Asqalani.

Menurut mereka, Ibnu Hajar telah menulis di dalam kitabnya, ‘Al-Durar al-Kamina fi ‘ayn al-Mi’at al-thamina’ bahawa Ibnu Kathir telah menulis sebuah kitab yang bertajuk maulid Nabi di penghujung hidupnya, Malam kelahiran Nabi SAW merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi, malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum mukmin, malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai.

4. Para pendukung maulid nabi SAW juga melandaskan pendapat mereka di atas hadits bahawa motivasi Rasulullah SAW berpuasa hari isnin kerana itu adalah hari kelahirannya. Selain kerana hari itu merupakan hari diangkatnya laporan amal manusia.

Abu Qatadah Al-Ansari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika ditanya mengapa beliau berpuasa pada hari Isnin, Rasul menjawab, Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul.

Hadits ini boleh kita dapat di dalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa)

Pendapat yang Menentang

Para penentang maulidur Rasul menegaskan cerita tentang diringankannya siksa Abu Lahab itu, mereka mengatakan bahawa Abu Lahab yang diringankan siksanya itu pun hanya sekali saja bergembiranya, iaitu saat kelahiran. Dia tidak setiap tahun merayakan kelahiran nabi dengan berbagai ragam. Kalau pun kegembiraan Abu Lahab itu melahirkan keringanan siksanya di neraka tiap hari isnin, bukan bererti orang yang tiap tahun merayakan lahirnya nabi SAW akan mendapatkan keringanan siksa.

Demikian juga dengan pujian dari Ibnu Katsir, sama sekali tidak boleh dijadiakan landasan perintah untuk melakukan upacaya khusus di hari itu. Sebab Ibnu Katsir hanya memuji malam hari di mana Nabi SAW lahir, namun tidak sampai memerintahkan penyelenggaraan perayaan.

Demikian juga dengan alasan bahawa Rasulullah SAW berpuasa di hari isnin, kerana hari itu merupakan hari kelahirannya. Hujjah ini tidak boleh dipakai, kerana yang saat dilakukan bukan berpuasa, tapi melakukan berbagai macam aktiviti setahun sekali. Kalau pun mau berittiba’ pada hadits itu, seharusnya umat Islam memperbanyak puasa sunnah hari isnin, bukan menyelenggarakan perayaan maulid setahun sekali.

Bahkan mereka yang menentang perayaan maulid nabi ini mengaitkannya dengan kebiasaan dari agama sebelum Islam. Di mana umat Yahudi, Nasrani dan agama syirik lainnya punya kebiasaan ini. Buat kalangan mereka, kebiasaan agama lain itu haram hukumnya untuk diikuti. Sebaliknya harus dijauhi. Apalagi Rasulullah SAW tidak pernah menganjurkannya atau mencontohkannya.

Dahulu para penguasa Mesir dan orang-orang Yunani mengadakan perayaan untuk tuhan-tuhan mereka. Lalu perayaan-perayaan ini di warisi oleh orang-orang Kristian, di antara perayaan-perayaan yang penting bagi mereka adalah perayaan hari kelahiran Isa al-Masih, mereka menjadikannya hari raya dan hari bersukaria serta bersenang-senang. Mereka menyalakan lilin-lilin, membuat makanan-makanan khusus serta mengadakan hal-hal yang diharamkan.

Dan akhirnya, para penentang maulid mengatakan bahawa semua bentuk perayaan maulid nabi yang ada sekarang ini adalah bid’ah yang sesat. Sehingga haram hukumnya bagi umat Islam untuk menyelenggarakannya atau ikut menjayakannya.

Jawaban dari Pendukung Maulid

Tentu saja para pendukung maulid nabi SAW tidak rela begitu saja dituduh sebagai pelaku bid’ah. Sebab dalam pandangan mereka, yang namanya bid’ah itu hanya terbatas pada ibadah khusus saja, bukan dalam masalah sosial kemasyarakatan atau masalah muamalah.

Adapun perayaan maulid itu oleh para pendukungnya diletakkan di luar perayaan ibadah formal. Sehingga tdak boleh diukur dengan ukuran bid’ah. Kedudukannya sama dengan seorang yang menulis buku tentang kisah nabi SAW. Padahal di masa Rasulullah SAW, tidak ada perintah atau anjuran untuk membukukan sejarah kehidupan beliau. Bahkan hingga masa salaf berikutnya, belum pernah ada buku yang khusus ditulis tentang kehidupan beliau.

Lalu kalau sekarang ini umat Islam memiliki koleksi buku sirah nabawiyah, apakah hal itu mahu dikatakan sebaga bid’ah? Tentu tidak, kerana buku itu hanyalah penulisan, bukan bahagian dari perayaan ibadah. Dan keberadaan buku-buku itu justru akan membuat umat Islam semakin mengenal peribadi beliau. Bahkan seharusnya umat Islam lebih banyak lagi menulis dan mengkaji buku-buku itu.

Dalam logik pendukung maulid, kira-kira perayaan maulid itu diletakkan pada posisi seperti buku. Bezanya, sejarah nabi SAW tidak ditulis, melainkan dibacakan, dipelajari, bahkan disampaikan dalam bentuk seni syair tingkat tinggi.

Dan semua itu bukan termasuk ibadah formal melainkan bidang muamalah. Di mana hukum yang berlaku adalah sesuatu yang asalnya boleh, kecuali bila ada dalil yang secara langsung melarangnya secara muktamad.

Kesimpulan

Sebagai umat Islam, barangkali kita ada di salah satu pihak dari dua pendapat yang berbeza. Kalau pun kita mendukung salah satunya, tentu saja bukan pada tempatnya untuk menjadikan perbezaan pandangan ini sebagai bahan baku saling menjelikkan, saling tuding menuding, saling caci mencaci dan saling berhujjah.

Perbezaan pandangan tentang hukum merayakan maulid nabi SAW, suka atau tidak suka, memang telah kita warisi dari zaman dulu. Para pendahulu kita sudah berbeza pendapat sejak sekian lama. Sehingga bukan masanya lagi buat kita untuk meninggalkan banyak kewajiban hanya kerana perbezaan pendapat di masa lalu.

Kita sedang menjadi sasaran orang-orang kafir. Bukanlah waktu yang tepat bila kita saling bertarung dengan sesama saudara kita sendiri, hanya lantaran masalah ini.

Sebaliknya, kita wajib saling membela, menguatkan, membantu dan mengisi kekurangan masing-masing. Perbezaan pandangan sudah pasti ada dan tidak akan pernah habis. Kalau kita terjebak untuk terus bertikai, maka orang-orang kafir akan semakin gembira.
AruL: Untuk dikongsi bersama...thanks 4 ensiklopediamuslim.blogspot.com sebab bagi info ni....

Sunday, February 13, 2011

KuCing di KuCHinG


Korang kalaw gi KUCHING Serawak buat la macam aku..beli kucing bawak balik rumah. Buat2 cendremata ke... Baru la real....
.
Kalaw boleh nak jugak bela anjing bang seko dua.......miliop
Nak tengok gambar model2 dari kuching???... korang klik je kat link bawah ni...

http://www.facebook.com/album.php?aid=49178&id=100000458612905&l=66a18a5a8d

Saturday, February 12, 2011

Perkemahan Kor Kadet Polis

Lalu dekat sebuah school tadi pagi............ nampak belonggok-longgok kemah. Mesti bebudak tengah kem gaknye... Teringat pulak masa aku masih muda belia kat school dulu....

Tahu tak korang ada beberapa benda yang hanya kita buat masa kem kat school je.. tampa rasa bersalah buat benda2 nie.. Masa lain x sanggup de.........
  • Mandi dalam tandas sekolah sambil ajak memember join sekali...
  • Tidur sebilik (kemah) dan sekatil (alas kemah) dengan orang yang baru kenal pagi tadi... {kalaw kem gabung ngan budak sekolah lain}
  • Menjaga nyawa sebijik telur (barang amanah) macam nyawa sendiri...silap2 telur punya pasal, boleh gaduh ngan fesi... 
  • Terima denda dengan rela hati......... {kalaw cikgu buat masa hari biasa denda2 kem ni aku rasa boleh masuk dalam mesyuarat PIBG}
  • Tak rasa apa-apa 2,3 hari tak tengok TV
  • Tak kisah pun pakai baju recycle berkali-kali.....
bebudak sekarang, klw ada kem tu korang joint la sekaki..

Friday, February 11, 2011

Bebudak zaMan SeKaRanG

Bebudak zaman sekarang...
korang perasan tak ada jenis bebudak nie yg ex ngan daring gile.
Macam besar sangat je dia....
duduk lepak merata-rata.... tayang h-set bajet begaya.
hisap rokok n kemain kuat ketawa...
ada la yg pempuan sorang dua...kire-kire dia punye makwe
papa..mama... panggilan manja
bab temberang serah kat dia..mak bapak dah tentu kene
seret-seret kaki..surffel kononnye...
padahal baru tingkatan 2
..............ape barang bebudak ni. Ingat lagi dulu aku pernah dengor cikgu aku kata.... "spender pun mak bapak yang beli, jangan lah awak mengada-ngada nak berpakwe makwe..... "

miliop.........

Thursday, February 10, 2011

MeLaYu MudaH Lupa?...

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..

Saje aku letak sajak nie buat mukadimah...
bukan Sebab Dr.M tapi Sebab iSinya...
Ape Lagi...jom buaT keje... Jangan buat dono je...


(aku pun ade keje yg tak buat lagi nie.. miliop...)

OK?!!!!

Bermulanya cerita baru....... anak kedidi didalam parit, mari reramai kite menjerit...... yeaaaa........