Thursday, March 31, 2011

KawiN Ngan Aweks JoHor...

Setelah begitu sibuk dengan soookan N "tour Guide" N pulang ke My Hometown SegaMat... maka di hari jumaat yang ada sikit masa free willy nie rajin lah kawan nak menconteng di blog kesayangan ini.....

First-first nak wish happy wedding day to my adik ipar Suziyanti (nama yang bukan palsu)...



Dan..........nak story lah sikit pasal wedding kat JoHoR nie...


Adalah jugak beborak pasal kawin mawin ngan memember.. N... bila story pasal kawin ngan AweKS johOR maka timbullah story mory pasal bayar Tol a.k.a Cukai pintu a.k.a duit nak bagi pengantin lelaki lepas sampai ke pelamin...






makanya.....kekalau hang pa yang jadik pengantin lelaki tu jangan la lupa pulak pasal duit Tol nie...
sediakan bebanyak sikit.... Ramai yang mengalang tu.
Takut x cukup...
nanti kesian awok ngan rombongan awok tegabai-gabai nak carik duit...


anD..jangan merungut tau... Semuanya hanya tuk meriahkan majlis je...
bukan nak menyusahkan korang pun...
bukan ke awok Jadik RaJa aritu... so ape lagi..  kasik la sikit harta kat rakyat....... he..he...he...

miliop....

Sunday, March 20, 2011

Yeaa.....keje-Keje!!........


Sebab dah seminggu tak masuk keje.......... becoti......... 
maka rasa lah jugak lemah-lemah tulang nak gi keje...
Waktu-waktu macam nie jugak lah rasa klw jadik anak datok datok ke... Tansri-tansri ke.... Along-along ke...... bagus jugak.. boleh duduk melepak kat rumah abiskan duit bapak yang banyak sangat sampai tak tau nak buat ape tuh....


Dulu...masa kecik2.. suka sangat bila dah abis coti skool nie... boleh jumpe memember kat skool... borak2 cikit, tunjuk skill main ten-teng, williey beskal, main bijik saga.. bla-bla-bla-bla........... belajor, jumpa cikgu.. ehem.. (batuk2 sikit)..   ngan jumpa awek (cakap dalam suara pelahan supaya wife x dengar).. 
ishh.. banyak lagi lah nak buat....

"kalaw cuti sekolah kene gi kebun... kene ngopek getah... nebas.. penat woo...."
Suara latar (Mak): Haa...merungut... kalaw malas jangan makan... 
                                        makan aje lah guli yang ko buat main tu...

hehehe........... (ketawa menyeringai)... 

miliop........


PS** Bersyukur lah ngan keje yang kita ada... and berusha lah kalaw x de keje... 
     **tapi merungutlah kalaw laki awak tu pemalas.....tak nak lansung carik keje.. 
         abis anak binik nak makan ape?!!.......


Saturday, March 19, 2011

KiSaH TEluR......

Maka tersebutlah kisah sebuah sahibul hikayat  kerajaan telur............ di kerajaan ini tinggallah rakyat jelata .... yang hidup penuh aman bahgia........


namun bahgia itu mula berkocak...bila negara ditimpa pawana........ dihasut oleh syaitan durjana...



Satu hari yang tak ingat hari apa... terjadilah sesuatu yang tak disangka-sangka... oleh keranan "nurse" nye leka... tertukar tempatlah 2 putera raja........




Raja putih amatlah murka.............  lalu diamuk seluruh istana.......


dengan hati panas membara......dikerah semua bala tentera.. maka bermula satu sengkata.. antara telur berlainan bangsa..........


sudah menjadi adat dunia ....... gelanggang sabung sudah dibuka. Bila berperang 2 negara... yang tidak berdosa menjadi mangsa........






Akhirnya tamatlah perang negara ...... raja putih menjulang tahta.........
Jadilah mereka telur berkuasa... lebih mahal harganya berbanding biasa..


TAPI............
walaupun menang dalam sengketa...
kuasa mereka tidak kemana... 
oleh sebab telur ayam dah tak de....

telur itik lah yang jadik mangsa.... 

hehehe............goreng pun sodap..........



miliop............

Monday, March 14, 2011

Rumah Hantu ....Kak Limah BALik



Cuti-cuti nie......layan lah DVD bang sekeping dua......

masa aku merayau-rayau tadi nampak lah DVD cerita "antu kak limah balik ghumah" ..
Tengok duit dlm wallet cukup..so..sambar ajelah......
Ape lagi... jom tengok kat rumah..hehehe...

Budak X cakap: rumah kitorang ada TV besor...
Budak Y cakap jugak: Eleh...tak heran.. rumah kita ada astro.. ceria.... ngan watdisnip....
Budak X cakap lagi: Ala..bapak kita selalu beli cd cerita katun. benten. pawer ranje... ada tumbuk-tumbuk bush..bush..(sambil membuat gaya)
Budak Y balas balik: Eee..kan tak elok tengok cerita gaduh-gaduh. Mak kita cakap bedosa tau..
Budak X jawap: Takpe la...kita kan masih kecik lagi.... budak kecik kan tak bedosa.....

Bapak budak: Arghhh..diamlah.. orang nak tengok TV dia memekak pulak.. pegi main jauh2 sana....





Lirik Lagu Cinta Kristal - Ost Hantu Kak Limah Balik Rumah

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )

Saturday, March 12, 2011

Tengok Merong Mahawangsa kat Panggung


"Hamba bukan seorang raja, tetapi rakyat seperti kamu semua."
"Apa guna hidup lama, kalau kita menjadi hamba (kepada manusia lain)."

[sambil diringi runut bunyi yang dimainkan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia .......]

kemudian...aku pun berpantun.................

"Sampai masa tibanya waktu 
Redup hati kami berdua
Bila dua jasad bersatu
Hidup mati jadi bersama"


hehehe......mantap..mantap..........
Storynye mlm semalam wife ajak nengok MERONG MAHAWANGSA kat MBO The Spring... and.. selepas membeli tiket maka kompomlah kitorang akan tengok cerita ni jam 10... 
Punyelah ramai yg nak nengok jugak (mcm takde hari lain)... 
Tapi yang best....kitorang org petama masuk dlm panggung.. 
mamat cleaner pun tak abis clean panggung lagi.......

bebalaoi ke bayor tiket nak tengok cerita epik melayu nie..... 
bagi aku..bebaloi beb. best n suka n puas ati jugak lah... 
(sampai temimpi2 jadik merong masa tido malam tadi.....ceh....) 

Dan saat paling best masa nak perang tu "aku" (sebagai merong) pun beri ucapan kat rakyat jelata dengan penuh semangat..........
"Hari ini, mungkin ada yang tak kan kembali.
Atau mungkin, semua sekali akan rebah ke bumi.

Demi maruah, dan kesejahteraan negara kita, 
Marilah kita bersama tebas, petualang bangsa!

hehehe......
nak tau tak....... masa aku muda-muda dulu. Ada lah aku ikut akak aku  ngan kawan dia nengok cerita tamil kat wayang memalam buta..  Masa dlm panggung tak rasa apa2... tapi bila keluar dari panggung baru kitorang perasan...
kitorang je yang putih waktu tu.. yg lelain gelap2 belaka...

miliop..........

Friday, March 11, 2011

TsuNami 2011 di JEPUN



Tsunami di Jappan........... 
Hanya padamu Allah Kami bermohon agar kami dilindungi dari kemurkaanMu ya Allah..

Thursday, March 10, 2011

Cuti SekOlah a.k.a School holiday....



Yea...yea...cuti sekolah.............. tapi dulu mcm lame je bila scol holiday nie kan? sempat la nak balik kampung.. jumpa sedara mara. Ternak ayam... Kacau itik atuk aku.. pergi dusun.. ambik koko atuk kat belakang rumah........ pegi kebun.. bekubang... [akak (adik aku tp kitorang pggl akak) menangis ngan mulutnya yang luas lalu mak pun belasah aku ngan abang].... and banyak lagi lah boleh buat masa cuti2 scol nie. menunjukkan betapa lama ngan panjangnya cuti scol waktu tu...

Sekarang nie....mcm sekejap je...
tidur, makan, minum, tengok dvd siket, kemas rumah, tanda kertas peksa budak.......... orak oreng orak oreng...habis dah cuti..
huh..tak sempat nak bergumbira...

 bebudak nie pun satu.. cikgu ajor penat2, dia boleh bergurau pulak masa jawap exem...



miliop sungguh bebudak nie.......................

Tuesday, March 8, 2011

HandsET BaRU.........


Aduuuuhhhhhh...mati kutu aku... sampai hati awak curik henset kita.. handset kita bukan mahal pun... kot ye pun nak curik..buatlah phonebook backup dulu...huuuu...

maka...tinggal sejarah aje lah hdset xPress music aku...
buat kengkawan........sory if we lost contac after this..........

and...selepas 2 hari x de hdset... wife aku pun ajak gi Wisma SEberkas mlm tadi (kira2 mcm longyatplaza tempat nie)....... Dlm pejalanan aku ckp ngan wife...beli yg biasa2 je sudah lah........
And...bila sampai W.SebeRkas.......nengok hdset yg canggih-manggih....pendirian ku goyah...ha..ha...ha...

lalu aku sambar sebijik hdset ni.....


tu...tu... yang warna putih tu............. hehehe...miliop


Wednesday, March 2, 2011

Aku dan SamaN...2

Bahan ini adalah hasil sepenuhnya : Zulhazmi Shariff
 
 

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.



Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

(maklumat yg dicopy sepenuhnya dari...........)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150107715801497&id=100000133400722 

Sedetik Lebih by Anuar Zain

Lirik Lagu OST Hikayat Merong Mahawangsa 
Sedetik Lebih by Anuar Zain (yg tiada kait mengait dgn Mahir Zain)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd