Monday, May 30, 2011

Cara Mempermudahkan Ibu-Ibu Bersalin

 Adalah saya yang tak-lah pandai dan tak-lah suka memandai-mandai ingin menyatakan bahawa mana2 suami beristeri mengandung tu... Jom kita usaha sikit... tolong mempermudahkan isteri kita.


Asalnya nak mintak ayah aku buatkan air selusuh ni tapi setelah membaca and mengkaji maka sebagai sorang suami lebih baik buat sendiri je... Kalau suami buat ia lebih barokah..insyaAllah.. Air ni bukan untuk mandi tau ni buat untuk isteri kita minum. Minum la dengan lafas Bismillah and selawat setiap pagi bila usia kandungan tu dah lebih dari 8 bulan.


Apepun... kita berusaha dan bertwakal... dengan izin Allah insyaAllah dipermudahkan...

UNTUK MENYEDIAKAN AIR SELUSUH UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN, KOMBINASI BACAAN DOANYA IALAH..

1. SURAH AL-FATIHAH



2. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 (59:21~24)


TERJEMAHAN:



21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.



TERJEMAHAN:
22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

TERJEMAHAN:
23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

TERJEMAHAN:
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



3. SELAWAT SYIFA'




 
4. DOA SELUSUH....terjemahannya
 

" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.

5. DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".









.

Tuesday, May 24, 2011

Cerita RajaAyam

Nampak tak logo kat sebelah tu... Bukan saje2 je letak tau..
ada lah cite suka duka yang best pasal tempat nie..

Masa abis form 6 dulu... kat restoran "AyamRaja" ni lah aku keja...
Dalam restoran ni ada lah satu bilik "Chiller" yang agak besor (ni kira bilik beku la)...
Tempat tuk letak ayam, sayur masyur and segala bagai lagi lah......

Nak jadik cerita... Kat restorent ni tokey dia kedekut pahit and syak wasangka yg amat sangat kat pekerja dia.. Dia takut kitorang curik ayam and curik tulang.... Maka dia pun pasang la CCTV memerata tempat; kecuali kat dalam Chiller... Aku ngan memember pun apa lagi.. klw rasa nak ngulor ngan makan tu kitorang masuk la dlm chiller nih, buat2 kira stok lah kononnya...

nengok tu... mcm tu la Chiller Room..  tu tak sampai suku dari saiz dia tau...


and... ada lah satu hari tu... tengah sibuk aku ngan sorang member ni makan aym + minum jus buah (hehehe).. ada lah sorang akak tu dia kata "bos datang..boss datang... jgn bising" and dia pergi tutup pintu chiller... "BUMM" .. Dekat 10 minit tuan2 dan puan2 kitorang kat dlm tu.. pergh dia punya sejuk...menggigil siut..beku... (masatu lah aku baru tau.. chiller atau peti ais ni akan keluar dia punya wap sejuk bila kita tutup pintu. Bila kita bukak pintu wap sejuk tu akan off secara automatik).. ish..nak ketuk pintu takut kantoi ngan boss pulak..

Bila akak supervisor tu bukak pintu lepas tu dia boleh bantai gelak... dia kata padan muka.. takde bos pun sebenarnye.. hehehe..

huh.. miliop sungguh............





Ape2 pun (dlm bahasa omputih.. "whatever"... ) ..to all my C.king friend 'Kak Fiza - Kak Ram - and reramai lagi.... miss u all...





.

Saturday, May 21, 2011

Sinopsis Nur Kasih The Movie






Satu movie yang dibina bersandarkan kesinambungan drama bersiri ini berjaya mengusik hati dan kalbu setiap insan yang mencintai keluarga dan agama....

Sejarahnya... aku mula menonton kisah bersiri drama Nur Kasih ini secara serius ketika ia ditayangkan setiap kali waktu bersahur (bulan puasa tahun 2009 kalau tak silap)..

Maka untuk mengcompletekan nya maka me and my wife serta 2 orang penyibuk (sorry cik noni and ayu-sleeping ...gurau2 je...hehehe...) pun pergi lah menonton filem ini di MBO The-Spring Kuching Sarawak mlm tadi..

Adapun movie ini digarap dengan sinematografi dan plot penceritaan yang baik. Bolehlah dirangkumkan seperti ini...



  • Kasih sayang anak terhadap bapa - Kisah yg bermula dengan tragis kehilangan watak utama dlm drama ditutup dengan satu usikan jiwa apabila watak anak lelaki Aidil (boy dlm gambar) menunjukkan rasa sayangnya terhadap ayah. "Abistu....ayah tidur dgn siapa"... "Tak apa lah.... mlm ni ayah tidur dengan buku2 ayah....".
  • Kehilangan insan tersayang - Kisah diteruskan lagi dengan hilangnya satu harapan bagi Nur dan Adam untuk mendapatkan anak.. ketika atas tangga rumah kampung "Adam dah bosan dah bang... asyik kena uji ja macamni".. lalu aidil menjawab "kita kena sabar dam... kita kena ingat, semakin kita diuji...semakin dekat kita dgn tuhan" . Masa ni Nur memandang Adam dari celah jendela..... (yg ni aku mmg terasa sedihnya...serius beb)
  • Tanah Jordan yang membawa bencana - Kisah menjadi turning point masa Nur ngan Adam bercuti di Jordan. Waktu Adam mengembalikan cincin Nur yg hilang... diiringi runut bunyi... (Nur kasih by Yassin)... 
  • Kasih seorang ibu- Antara hidup dan mati watak utama - "Sebagai ibu, mak sentiasa maafkan Adam... Setiap kali adam buat silap...sepintas lalu mak dah maafkan Adam..." Dan masa ni lah usaha seorang isteri menjadi head-man of family diketengahkan oleh Khabir...and diiringi lagu nih.......

  • Tragis di 3/4 cerita (yg ni surprise sikit.. tengok sendiri eh)
  • And ending yg menyimpulkan sebuah cerita... Kisah cinta Adam dan Nur... Cinta hingga ke hujung nyawa... Masa ni la wife aku cakap ada minah yg duduk sebelah dia kemain sedu sedan menangis... miliop sungguh..
panjang dah celoteh...
For conclusion: Bagi yg setia menonton drama bersiri tu... anda mesti tengok yg movie punya...
baru lah korang tau apa ending sebenar drama Nur Kasih....

Tak tengok kat wayang kat TV pun boleh...




peace...





.

    Tuesday, May 17, 2011

    Guru Pendita........


    masih dalam mood teachers day nih........
    selamat hari guru tuk semua cikgu2 aku dulu...
    SK LKTP Pemanis, SMK Pemanis, SMK Buluh Kasap...  (1990 -2002)

    Ada banyak kenangan yg sebenarnya kita buat ngan cikgu kita.
    Kalau korang perasan... dulu kita suka buat benda2 nih........

    1. Kita suka2 kasik nama gelaran kat cikgu2 kan..... : yg garang and selalu rotan budak tu memang cerah masa depan la nak dapat nama timangan nih... agak2 cikgu kita tu tau ke nama nick name dia ek?...
    2. Kita sesuka hati pow cikgu kan........... : Pantang jumpa cikgu kat kantin ke kat gerai2 hari sukan ke.... ringan je mulut mintak belanja... tu pun mintak cikgu2 yg sporting la.... cuba cikgu disiplin ke HEM ke datang kat gerai tu... bukan kata mintak belanja.. nak beli pun rasa serba salah je....... 
    3. Ada la memember kita admire kat cikgu kan......... : Cikgu-cikgi yg hendsome+baik+cantik tu memang conform di admire-ring lah.. and bagi korang yg admire kat cikgu korang tu fahamilah bahawa terdapt org yg mengutuk korang kat belakang...kui..kui..kui
    4. Kita offer untuk tolong cikgu buat keje2 dia ............... : "cikgu.....biar saya tolong cikgu .................." klw korang kategori ni maka korang memang bagus.... cikgu suka bebudak macam nih.......
    Kalau korang perasan ada sesetengah cikgu yg kita suka tegur dan beramah mesra dengan dia.........  and ada jugak cikgu yang kita lari bila nampak dia.........
    Kalau sekolah aku dulu... tengah duk lepak kat corridor kelas nampak HEM lalu je terus sunyi sepi corridor ..
    semua menikus kat dalam kelas....
    buat2 sibuk baca buku..........
    Bila HEM tanya....... "siapa yang melepak  dan buat bising kat corridor tadi?"
    Semua buat2 blur je.......... huh...... miliop sungguh.........



    .

    Saturday, May 14, 2011

    Aku seorang Guru....

    Jam 11.30 tgh... aku mula membuka langkah...... 
    Tengok kucing aku sekejap... kot2 si mikut, omelet ngan oshin tu lapo.. kena la tinggalkan soru dia cikit kan...
    Gril and pintu rumah aku kunci...
    kasut "Camel" aku sarungkan...
    berbekal topi keledar warna hijau di  ke-kepala...motor lagenda ku pandu laju... 
    Inilah rutin hari-hariku...

    Aku seorang cikgu....hehehe...

     


    Berburu ke padang datar
    Dapat rusa belang kaki
    Berguru kepalang ajar
    Ibarat bunga kembang tak jadi
     
    (Dedikasi khas kepada Semua Guru dan guruku tercinta)

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.
     
    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulang ilmu
    Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

    USMAN AWANG
    1979

    Monday, May 9, 2011

    Mak.. selamat hari ibu

     Mak tersayang........
     
     

    Dari balik wajah mak yang tenang;

    dan dari alis mata mak yang redup;




    hilang rasa resah dihati kami....
    pasti semua Ok belaka....



    dari patah kata mak berkata;

    dan dari lubuk hati mak berbicara;


    mengajar kami baik buruk dunia.............
    menyedarkan kami mana silapnya.......





    dan bila mak diam tidak berkata;

    anak matanya seperti berkaca;


    Kami semua tunduk membisu....
    rasa sesal tiada terkira...
    hati turut terhiris luka..........









    Dari saat melihat dunia;

    hingga saat kami berjaya...




    sayang mak sepanjang nyawa.....
    kerana mak kami bahgia............
























    Our life full with Love
     4 this one and only:

    Pon Bte Md Ali







    .

    Thursday, May 5, 2011

    Terkena sihir setiap malam part- 2

     Ini adalah part tentang kata2 jampi yg diorang masukkan dlm cerita harry potter...
    aku copy paste je nih tau.....tapi edit2 la cikit.........hehehe... 

    Para Harry Potter freaks pasti sudah tahu apa yang akan terjadi kalau kita mengacungkan tongkat sihir sambil berseru, “Avada Kedavra!”. Atau jampi apa yang harus diucapkan kalau kita ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!”).

    kononnya ada la asal usul jampi nih... jom tengok sikit...

    Accio’
    Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arahmu.  kalau sebut "Acio Kereta?"...haa... siapa nak mengangkat awak bila dihempap kereta... 

    Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang artinya ‘Aku memanggil.’


    ‘Avada Kedavra’
    Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ berarti ‘I will destroy as I speak’. (pergh...jagan guna nih. Tak baik bunuh membunuh......masuk neraaka nanti awak tau)


    Bunyinya ‘Avada Kedavra’ mirip dengan ‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.



    ‘Crucio’
    Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ artinya ‘saya menyiksa’.

    ‘Expecto Patronum’
    Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Lagi-lagi jampi ini diambil dari bahasa Latin yaitu ‘expecto’ yang artinya ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang artinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu artinya ‘menunggu datangnya pelindung’.

    ‘Expelliarmus’
    Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang artinya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang artinya ‘senjata.’

    ‘Impedimenta’
    ‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin artinya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.

    ‘Lumos’
    ‘Lumos’ artinya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala layaknya lilin.

    (jampi ni bagus.......... kalau duduk kat kampung, tandas jauh kat belakang rumah, lampu picit abis bateri, takde la teraba-raba...ye tak..)

    ‘Rictusempra’
    ‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang artinya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ artinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.

    ‘Sectumsempra’
    Ini justeru kebalikan dari rictusempra. Efeknya bukan ketawa, tapi luka-luka, karena dalam bahasa Latin, ‘sectum’ artinya ‘melukai/mencederai’.

    ‘Stupefy’
    Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi efeknya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ artinya ‘pening’.

    ‘Wingardium Leviosa’
    Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang artinya sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang artinya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang artinya mengangkat/mengambil.



    Yang penting..........  ayat jampi cerita melayu lagi sedap bunyinye kan....... tak pecaya dengor nih "Zam-zam ala kazam"........... lalu tikor buruk pun terbang....

    and yg paling aku minat : "Yanginsonggg...matakajin.. semartilom" gurrrr..pintu gua harta harun pun trbukak...hehehe
    Dah bukak kena la tutup balik nih..........."Pramponginsenggg....semar..tilom"
     
    best kan bunyi dia................ miliop.......
    .

    Wednesday, May 4, 2011

    Terkena sihir setiap malam


    Setelah bekurun-kurun lamanya cerita nie orang tengok...
    dan aku yg selama ini memandang sepi cerita Harry Potter nie...
    maka tanpa diduga... selepas menonton promo episod last (siri ke-8) cerita budak magik Harry.. terdetik pulak rasa nak tengok from the beginning.........

    Selepas mendapat sokongan padu dari my wife....maka hari ahad aritu........
    aku pun sambar DVD 7 in 1 blue Ray - Best collection of Harry Potter........
    (hmmm.............ori ke??..)
    Dulu ada sorang pak cik tu bagitau: kalau kat atas CD tu ada gambar maknanya ori kalau kosong je tak de gambar ape2..tak ori....... Yg nie..kat atas dia ada gambar... hmm....... miliop

    Best rupanya cite dia... walaupun tak berapa nak logik.. tapi tak nampak sangat la menipunye..... orang kata tipu ada modal la...

    Masuk malam tadi aku rasa dah 4 malam berturut-turut nengok cerita harry potter ni...
    back to back..pergh..
    kalau stop sekejap pun sebab wife nak tengok diari AF.... (kan syg kan....) hehehe........


    And..yang penting....
    Kalau la ada penyapu nie sebijik...
    takde la jem...
    cepat sikit sampai opis ...hehe....



    .