Wednesday, January 25, 2012

Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis

 Entry ni aku just copy dari: http://kheru2006.livejournal.com/326681.html
sebab tebaca and fikir tiada yang kelentong selain yang benar2 belaka......................
 
Jom la baca sesama. Lot of my school student buta huruf now days...  fikir2kan secara terbuka...untuk masa depan anak-anak kita...




SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.
Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.



AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Sumber:
Utusan Malaysia On-line Forum 16 Januari 2012
 
 
 
miliop..............
 
 

Panggilan Haji ....


"Alhamdulillah... 
Sujud syukurku hanya padamu Ya Allah...."

Dulu kat ruang tamu rumah Abah ada sekeping gambar "Kaabah" yang tergantung... background biru laut... cantik gambar tu... Pernah jugak tedetik dalam hati, kalau ada rezeki nak jugak ajak tong2 adik beradik hantar mak ngan abah ke Mekah.. InsyaAllah... Umrah pun jadi lah... (Tunggu adik-beradik dah bekemampuan, terutama Tijah...boleh bukak idea nih...hmm)

and... untuk diri sendiri.............
Setelah di approach oleh my lovely wife... and ditambah pulak kewangan yg ada... aku pun bukak la Buku Simpanan Tabung Haji ... hujung tahun lepas...

Rezeki yang Esa... Tadi... With my wife and Imran, kitorang daftar haji... Lalu pihak Lembaga Tabung Haji keluarkan kenyataan ini:....

"Tahun Peruntukan Tunai Haji anda ialah pada 1466 Hijrah / 2045 Masihi" 

hehoheho... 33 tahun lagi giliran kitorang... hmm..
Maknanya Imran dah umur 33 tahun masatu... ok la tu... tapi harap2 nanti diawalkan lagi dari tarikh tu...

Ape-apepun... (ayat bebudak sekarang.. "Whatever"...) kita merancang dan Allah juga merancang... dan rancangan Allah itu lebih sempurna....




salam......



.

Sunday, January 8, 2012

My lovely Super Car

LoveSetelah beberapa bulan tak membasuh kereta...(6 Bulan kot...hehehe)...
maka petang semalam - atas nasihat wife - maka akupun meringan-ringankan lah tulang basuh keta produa "biru" kesayangan kami itu...

Sambil membasuh tu tepikir la jugak..kesian keta ni....jarang2 dibelai....
Ingat dulu masa mula2 beli kereta.....

  • Hari2 basuh keta.... : Biasa lah... keta baru beli... pastu parking first class... berbumbung bulan, bintang dan matahari... tu yang pepagi lagi dah menyental kereta... kalau tak basuh, paling koman pun simbah ngan air... rajin siot. (pss...ayat dengki dari jiran sebelah rumah bila air basuh keta mengalir ke laman rumah dia... "ribut tak..hujan tidak...tetiba basah je laman rumah aku ni...".)

  • Rajin gila lap keta bila2 free: ........... Sementara nunggu awek (dah jadik wife aku sekarang) tu.. sempat capai kain...lap2 mana yang patut.... (Dalam hati: hmm...bekilat2... mak metua suka nih)
  • Tayar mesti polish:... Pergh...tayar hitam+ bekilat... Polish sentiasa ada dalam keta untuk kilatkan semula tepi tayar... (sekarang polish tu dah buat kilatkan kasut je... miliop)
  •  Dalam bersih + wangi:.... Walaupun takde vakum...tapi habuk tak sempat menguit... habis gua sapu.. Perfium je 2 jenis..(semburan + Glade Sport)... Kalau hujan siap alas carpet kaki tu ngan paper... takut kotor... 
Ish..kalau kenang2 banyak lagi lah yang dibuat... sampai nat tayar pun tukar yang aloi... Bila bebudak curik memang mampus budak tu makan sumpah... (kalau la mustajab sumpah aku tu...dah jadi biawak kot dia).

Hmm...kene berubah ni.... Pasang azam tahun baru, nak belai keta produa biru nih.... (taknak dianaktirikan lagi...kan sayang).... ok Peace...

Wednesday, January 4, 2012

Holiday d' Cameroon (yeppy holidays 2011- part 2)

11 Disember 2011
Selepas pulang dari Johor + buat kenduri akekah untuk Imran, Me and wife berkira2 untuk ke Audit Conference at Brincang CAMERON HIGHLAND..........   tengok tiket kapal... umang ai... mahal gile...

cut the story... aku guna Gomen Warren turun kat JB....... my wife N imran guna tiket turun kat KL... (suka duka masa ODW ke KL nih tanya my wife lah... maybe dia catat kat blog dia kot...hmm (http://suzinius.blogspot.com)

Akhirnya...atas bantuan baik sesangat Tasya, Alia N Man.........sampai jugak kitorang kat Equaterial Hotel Cameron Highland.........sejuknye....


Sakit + sesema + demam + sejuk + penat kitorang dihadapi kat hotel ni... tinggi kan?... We all stay tingkat atas sekali... (bawah sikit je dari bumbung)


Atas... Tasha, Alia + Mama ngan Imran......... beposing depan lobby..

Atas...Cendawan warna warni... kali petama nampak, sebab tu jakun sikit...


Ok kan Imran... nanti kalau Imran dah besor kita datang sini lagi...InsyaAllah....
Tapi sejukkk....sampai biru2 bibir Imran bila lepas mandi............ (tu yang mandi 2X je masa kat sana.......miliop...)




Holiday d' Melaka (yeppy holidays 2011 - Part 1)

me : "Haziq (adik ipar aku yg baru darjah 3)... akak ngan abang arul nak gi jalan2 Melaka... nak ikut?...

HaziQ: Nak...nak....

Me: Hmm...macamtu haziQ kena jalankan tugas la.... "HaziQ gi carik keta sewa..Ok?"....

HaziQ: Ok....

Ye...ye...je haziQ ni dia punya ok... confident je... tapi pecayalah semua...dari usaha HaziQ la kitorang bejaya becoti kat melaka aritu.... Nak tau apa yang dia mula2 buat....

HaziQ:.. (sambil belari2 ke dapur + menjerit)... MAKkkk......... (dan seterusnya.....)

30 November 2011
Selepas masuk highway + tengok navigator + ikut hutan perca (nasib baik tak sesat..bukan boleh trust sgt navigator tuh....) kitorang sampai d' Taman Rerama Ayer Keruh. Imran riang je mase tengok rerama...
But my wife said a simple thing yg rasanya kekorang pun akan cakap bila sampai tempat ni kot.... "nama je taman rerama... tapi reramanya sikit je. Buaya je banyak...." hehehe....miliop.



sebenarnya Imran nak tangkap rerama masa ambik gambor kat bawah ni... Tapi gambor rerama nye tak nampak pulak... sebab masa masuk tak bayor duit camera kot... (ade ke bawak masuk camera pun dia nak charge...gilo apo...?)


Malam nye Pulak....
Lepas shoping ngabiskan gaji kat jusco (sebab kat Serawak takde jusco...jadik jakun sikit la nak ke Jusco bila sampai kat Melaka nih)....kitorang check-in kat homestay. Bayar murah tapi dapat rumah besor....hehoheho... (sebab rumah kecik tgh renovate)....

Memalam merayau gi River Cruise.... my suggestion : jangan naik river cruise siang2...rugi...

Kat atas.... Imran yang menunggu Cruise ngan penuh sabar... bedebar la tu....

1 Disember 2011
Jejalan kat Bandar Hilir naik Beca.... cool pakcik yang bawk kitorang pusing2 ke Kapal Tongkang - Pokok Melaka - A'Famosa - Menara Taming Sari... Siap ada explanation lagi... pakcik tu memang terbaik....


Seronok sebab Imran gumbira.... Best2...... Ada rezeki kita datang lagi... kan mama kan?.....



To all Melakarian..... proud of ur World Heritage City ...  



.

Monday, January 2, 2012

Blog yang TiP-ToP

Tak sangka ramai jugak sanak saudaraku yang minat berbeloging....
Baguih dok ada no.... kalau rajin menulis ni memang bekembang la sikit pemikiran tu... terutama buat budak2 scool macam Mamat ngan Erin... Jom tengok cikit blog dia...........




Semoga maju jaya wahai pejuang bloger... my advise : Jangan berbloging sebab nak ngetop or nak kaye... Blog jugak bukan sekadar rupa...penuh deco dan cantik begaya. Isi blog tu lah yang orang nak baca... and isi blog adalah cermin diri kita... (boleh tahan jugak bila aku bagi advise... patut la anak murid aku nganguk je bila aku advise dia.. hmmm...genius)

apepun.... blog yang kat bawah nie lah paling special sekali......... 






for all bloger... LOL .. (tanya wife aritu...dia kata maksudnya "Lot Of Love" kot.............. hehoheho...miliop)
.