Sunday, June 17, 2012

My Dad Is Hero

Harap2 nanti Imran tulis karangan tajuk macam nie bila dah beso....hehehe


Isteri berkursus lagi di Semenanjung......
Kali ni tinggal aku ngan Imran 5 hari 5 malam kat rumah..
Wife pergi pada malam hari bapa pulak tu...
Sungguh ke-Bapaan rasanya diriku ini..


Mama jangan risau... InsyaAllah semuanya ok... kan Imran kan?... (sambil mengangkaat tangan tanda Opp kearah Imran yang sedang tido)



Selamat Hari Bapa untuk bapak2 semua..........
Al-Fatihah untuk arwah Abah....

*** alamak Imran bergerak-gerak pulak...cepat2 buat susu.....



.

Friday, June 8, 2012

Al-Fatihah




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.






.

The Ultra Malaya





8.55pm... (8/6/2012)
Live Kat chanel 801 - Malaysia Vs Singapura

Live kat rumah no61 - Hoooo....Malaysia, Malaysia...... hooo....Malaysia...!!....

"Huh...penat besorak kan Imran... "

- Imran dengan selamba menendang pemainan yg besepah di lantai....

"Yeaa...goLL... (jeritan memcah keheningan malam tatkala SafiQ rahim jaringkan gol dari bola mati)..."

- Imran dengan selamba memijak2 bantal yang terdampar di lantai (hmm...guna perkataan terdampar nampak molek sikit dari perkataan bersepah...hehoheho)......

"Teruk betul pengadil ni ....*&#*@$@*&^.....aka merungut sebab pengadil kasi sepakan percuma pada Singapore"

- Imran dengan selamba meneruskan aktiviti menyusunya......

"Aduh...(minit 93' - hatiku terguris dan resah kerana singapore menyamakan kedudukan)"

- Imran dengan selamba berguling-guling lalu tidur....



Nanti Imran dah besar nak bawak Imran gi tengok live game Malaysia kat Oversea lah....
Ok tak Mama?.... hehehe....miliop......



.