Sunday, September 11, 2011

SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEK. MENENGAH

SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEK. MENENGAH

  1. PENYERTAAN
    • Terbuka kepada semua sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja.  
    • Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri.
  1. JENIS KOIR
    • Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir).
  2. AHLI PASUKAN KOIR
    • Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum/etnik) yang sedang menuntut.
    • Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik).
  3. LAGU
    • Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu atau sebuah lagu + satu medley.
    • Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu Sahaja 
    • Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  1. Sahaja
    • Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.
    • Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan  oleh pihak berkuasa negara ini.
    • Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit.
    • Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya.
      (Homophonic: lapisan–lapisan suara bergerak secara “in step” antara satu dengan lain dan tidakmempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic).
  2. . MUZIK IRINGAN (Accompaniment)
  •  Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja dibenarkan termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment).
  • Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara ’live’ oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru).
    (Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik)
  • Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.
  1. PAKAIAN
  • Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan.
  1. \PERMARKAHAN
·         Harmoni : 40 markah
·         Dinamik : 20 markah
·         Intonasi (tone colour/pitching) : 10 markah
·         Imbangan) : 10 markah
·         Attack/Release : 10 markah
·         Sebutan (Tempo/stability) : 5 markah
·         Ketrampilan : 5 markah


No comments:

Post a Comment