Tuesday, November 8, 2011

Story masa Tadika

Batch 1989 Tadika Kanak-Kanak LKTP Pemanis 1


Bila tengok gambar kat atas baru aku  tau rupa-rupanya aku ada begambar kelas masa tadika dulu-dulu… (tu..tu..no3 yg berdiri sebelah cikgu tu) nie pun nasib baik CT Nur upload kan kat facebook dia...

Sebenarnye kalau tak tengok gambar nie, conform kita dah tak ingat dah sape yang sekelas ngan kita masa kinder garden nie dolu2..

Kat kinder garden Pemanis 1 nie masatu adalah beberapa benda yang memang best untuk ingat2 kan balik…
  • Rumah Nenek Kebayan : Kat tadika tu ada satu rumah mini… (mini pun besor jugak tau…setakat 20 budak masuk memang takde hal punya). Kitorang panggil ni rumah nenek kebayan. Rumah mini ni siap ada ruang tamu, dapur mainan ngan katil. Kitorang yang boy nie kalau masuk rumah tu memang conform cari katil.. baring2.. melompat-lompat…. Sampai cikgu jerit… “dah..turun..turun”…. hehoheho
  • Cikgu Jana : Cikgu yang ngajor kat tadika tu… baik cikgu nie. Aku selalu tegur dia..sampailah satu hari tu…masa aku tengah laju main buaian…anak dia datang… Ape lagi…bukkk…kaki aku tertendang anak dia… Sejak tu hunganku dengan beliau renggang…huuu…
  • Member terberak dalam seluar: Ada lah sorang member aku nih (“marwan”..bukan nama sebenar kot).. Aritu dia kena cirit birit agaknya.. waktu tengah sibuk mengkaler tiba2 bau busuk menghantui kitorang… Aku tengok dia ngan muka bersalah dia dah macam patung…duduk tegak je.. sikit pun tak menguit… Bebudak lain dah bising…cikgu pun suruh dia bangun, nak bawak keluar la kononnya. Bila dia berdiri je….pergh.. meleleh  merata2….
  • Amukan Hang Jebat: Ada lah budak kelas sebelah… aku pun dah tak ingat dah sape dia, tapi memang aku ingat lah… aritu dia bantai mengamuk nak balik rumah… tak nak belajor… yang tragis tu dia siap acu pisau lipat tau. Tak kasi orang datang dekat… tu yang aku dengor cikgu aku cakap “budak nie tepengaruh tengok citer hang jebat agaknya”
  • Sukan Sekolah: Nie kira xtvt akhir tahun nih… Masa tu aku masuk lah acara carik gula dalam tepung after that kena susun puzzle nombor 1 hingga 10 pastu lari kegarisan penamat… Masa tu memang aku tengah lead… dah siap susun nombor aku nampaklah mak ngan akak aku melambai2… aku ingat diorang panggil…aku datang la kat diorang… pergh… (ya…tuan2… tu lah punca aku kalah masatu…dapat saguhati je)

Hehehehe…panjang pulak nulis…
Aku yang pendiam + pemalu + Low profile masa kecik nie pun rasa seronok waktu kindergarden dolu2… Korang pun mesti ada moment yang best2 kan… kongsilah jom…  emel kat I (master_arul@yahoo.com)..nanti I publishkan…ok.

Peace yo…



Miliop……………….






.






Thursday, November 3, 2011

End Of 2011 in SMK Pending


Orak oreng orak oreng... dah sampai hujung semester pun...
Bebudak form 5 and 6 dah nak exem...
Kusyuk je duduk dalam kelas...kemain rajin lagi belajornye kawan tengok... sampai kekulit-kulit buku dibacanya..

Bebudak lain (form 1 to 4) yang dah abis exem pulak ape cer?...
Berdondang sayang aku tengok bebudak nie..
Kelas dah macam casino royal dah... macam2 pemainan kecil ada.. Dengan chess cina dia, monopoli, uno, chess, dam, ceper, batu seremban...dan segala bagai lagi lah...

Lalu pentadbir pun bagi warning..... "Pelajar tak dibenarkan bermain apa2 permainan dalam kelas"

Bebudak pun tanya aku... "Cikgu...main monopoli pun tak boleh ke?... Apa nak dipolah?" yang lain nyampuk "Yalah cikgu..boring ooo ini macam..."

Aku pun jawab... "Bukan saya tak bagi... saya tak kisah...tapi pihak sekolah yang tak benarkan... "
"Kalau awak nak ..saya ada kertas... Ketua kelas pergi ambik... jom kita belajar"...

(bebudak pun tarik muka masam...cakap bisik2... dari riak muka pun aku dah tau..ngata aku la tuh...hehehe...miliop)




From bottom of my heart:  Bukan salah diorang nak main indorgame.. kan menguji minda jugak permainan macam tu... bukan selalu...ujung-ujung tahun je. 

Tapi...dah boss kata tak boleh... ape boleh buat???



.

Wednesday, November 2, 2011

Koleksi Rancangan Mengajar & Soalan Peperiksaan

Kepada cikgu cikgi yang nak download.... klik ikon download dalam ruangan box (yang ada di sebelah kanan blog ini). Kalau tak jumpa..tunggu sekejap..dia lambat sikit nak keluar.

after that cari ruangan seperti gambar dibawah untuk download





semua boleh didownload secara free...
  • Rancangan Mengajar Bahasa Melayu (BM)
  • Rancangan mengajar PJPK
  • Standart rancangan pengajaran tahunan
  • Fail Meja Guru 
  • Dokumen Kontrak Untuk Kelab & Persatuan
  • Manual Ujian Lisan B.Melayu (PLBS)
  • Lain2 dokumen

" Hope to be our friend n follower after download"....tq ya....


.