Sunday, May 20, 2012

Terima Kasih Cikgu...


" Hello En Kamaruzaman, maaf mengganggu ... kami dari MBSB... boleh encik luangkan sedikit masa kerana pihak kami ada menawarkan kadar pinjaman khas sempena Hari Guru kali ini......"

" Dari mana tadi?..........."

 "Panggilan ni dari MBSB...."

 "Oh.... ok terima kasih.....saya dalam kelas ni... telefon lain kali eh....."

 "Hello.... Hello?....... "

"TUtttttttttttttttttttttttt......" (sorry...En.Kamaruzaman telah meletak telifon kerana awak call masa dia dok sibuk nak mengajor.....)


**************************************************

 
Tatkala bibir pelajar semakin berat mengucapkan "Selamat Hari Guru Cikgu"....

Mulut mereka juga semakin terkunci untuk berkata "Terima Kasih Cikgu"....

Punggung mereka juga semakin berat untuk bangun memberi hormat tatkala cikgu melangkah masuk ..

Lincah kaki mereka melangkah keluar tatkala lonceng berbunyi........

Tiada lagi ucapan selamat bila berselisih.... Cuma dengan ekor mata mereka memerhati........lalu segera berlalu pergi





mungkin-kah hati mereka ketika itu berkata............. Terima Kasih Cikgu Kamaruzaman....... (sebab tak marah aku tak tie-in  baju harini....hehehe....)

Hadiah Hari Guru tahun nie....

Student yang kononnya datang nak nyambut hari guru.... (sebelum majlis bermula)

Pelajar yang datang menyambut hari guru (2jam lepas majlis bermula) 


Peace....



No comments:

Post a Comment