Monday, May 30, 2011

Cara Mempermudahkan Ibu-Ibu Bersalin

 Adalah saya yang tak-lah pandai dan tak-lah suka memandai-mandai ingin menyatakan bahawa mana2 suami beristeri mengandung tu... Jom kita usaha sikit... tolong mempermudahkan isteri kita.


Asalnya nak mintak ayah aku buatkan air selusuh ni tapi setelah membaca and mengkaji maka sebagai sorang suami lebih baik buat sendiri je... Kalau suami buat ia lebih barokah..insyaAllah.. Air ni bukan untuk mandi tau ni buat untuk isteri kita minum. Minum la dengan lafas Bismillah and selawat setiap pagi bila usia kandungan tu dah lebih dari 8 bulan.


Apepun... kita berusaha dan bertwakal... dengan izin Allah insyaAllah dipermudahkan...

UNTUK MENYEDIAKAN AIR SELUSUH UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN, KOMBINASI BACAAN DOANYA IALAH..

1. SURAH AL-FATIHAH



2. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 (59:21~24)


TERJEMAHAN:



21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.



TERJEMAHAN:
22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

TERJEMAHAN:
23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

TERJEMAHAN:
24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



3. SELAWAT SYIFA'




 
4. DOA SELUSUH....terjemahannya
 

" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN KEPADANYA SURAH MARYAM, RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN, DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.

5. DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN, DENGAN RAHMATMU, YA ARHAMAR RAHIMIN".









.

No comments:

Post a Comment