Wednesday, August 10, 2011

Kesan Negatif Sistem Analisis Peperiksan Sekolah??!!


Tahukah anda bahawasanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini telah menghantui bejuta guru kat Malaysia...

Kalau yg mana cikgu-cikgi memang tau sangat lah tentang benda-alah nih (siapa yang tak tau kena carik info kat web lain eh....i'm sorry). Ideologi sistem ini diperakui bagus namun keupayaan aplikasi yang tak mesra pengguna, lembab seperti span basuh pinggan, server down bila2 masa yang dia suka, maklumat hilang selepas jenuh orang key in...ternyata menjadikannya malapetaka yang besar. Dan diperakui terdapat kesan negatif yang SERIUS selepas dasar SAPS ini dilancarkan oleh kementerian.. 
  1. SAPS menyebabkan ramai guru menghemburkan kata2 yang mendoakan kecelakaan kepada pembina sistem tersebut. Contohnya..."teruk betul, bodoh betul, bangang betul dan menyusahkan orang betul....." Bayangkan jika satu sekolah = 10 orang guru cakap macamtu. 20 sekolah dah 200 orang. tu baru 20 sekolah...kat Malaya ni ada beribu sekolah abang oi... Sia2 je hidup kalau orang doakan kecelakaan kat kita...
  2. SAPS menyebabkan cikgu2 kurang peniduran... nak buat masa kat sekolah tak boleh, banyak keje lain maka kenalah buat kat rumah. Tu pun kena carik time malam sampai pagi..baru line clear....... dah kurang tido.....esok nak ngajor.
  3. SAPS merosakkan program kek dan biskut raya... Cikgi2 baru ingat nak safe bajet.. buat kueh raya sendiri.. kalau ada lebih boleh bisness....... abistu dah nak isi maklumat dalam SAPS je..mana ada masa nak buat kueh...
  4. SAPS mengganggu emosi guru.... Kat rumah takde internet, kat sekolah pulak komputer guru 6 bijik je... cikgu ramai nak guna nih... dah la tunggu sikit punya lama... masuk data ok tapi bila chek balik datanya dah hilang...pergh "tensen" la member... Jadik...kepada ibubapa dan pelawat yaang datang ke sekolah, janganlah anda terkejut mendengar guru menjerit2 dari bilik komputer sekolah... Sesungguhnya banyak sungguh luahan perasaan yang telah didengari oleh komputer yang berada di bilik tersebut...
Ok lah... apepun bonus dah comform dapat.......... jadik keje kene lah buat ye cikgu2 semua... peace..


No comments:

Post a Comment